Sunday, December 30, 2007

penerbangan yang pasti

air asia...mas...

daripadanya aku datang ,kepadanya jualah aku kembali...

Bila
kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan
ke sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat.
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana layananya dalamannya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu! risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????"

fwd from smone..
untuk renungan bersama.......
siapkan dirimu untuk penerbangan yang selesa.....

Thursday, December 27, 2007

buat mawar


Mawar

Ingatlah bahawa sesungguhnya tuhanmu maha mengampuni orang yang beristighfar,maha pemberi taubat atas siapa sahaja yang bertaubat,dan menerima orang yang kembali kepadanya…

Mawar

Kasihanilah orang – orang yang lemah,nescaya kamu akan bahagia.Berilah pertolongan kepada yang memerlukan pertolongan,nescaya kamu akan merasa puas.Remdamlah emosi kamu,nescaya kamu akan selamat


Mawar

Optimislah, kerana sesungguhnya allah bersamamu,para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu


Mawar

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadanya.Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat allah kepadamu


Mawar

Jangan kamu mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap,kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan


Mawar

Jadilah seperti pohon kurma , tinggi cita citanya , kebal daripada penyakit , dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya


Mawar

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu , dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.Maka dari itu,mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?


Mawar

Jangan kamu menunggu datangnya bencana dan fitnah,tetapi tunggulah kedatangan keamanan,kedamaian,dan kesihatan…insyaallah


Mawar

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu




sumber : buku jangan bersedih

Wanita dengan mahar yang termahal di dunia



Jadilah diri anda lebih lembut

Daripada tiupan angina yang sepoi sepoi

Dan lebih tinggi cita cita nya di dunia

Daripada bintang di langit

Abu Thalhah mengajukan pinangan untuk menikahi ummu sulaim binti mulhan.Dia menawarkan mahar yang mahal.Tetapi dia sangat terkejut apabila Ummu Sulaim menolaknya dengan angkuh.Ummu Sulaim berkata : “ sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik.Bukankah kamu mengetahui wahai Abu Thalhah,bahawa tuhan – tuahn kalian dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kalian membakarnya,maka dia akan terbakar?”

Abu Thalhah merasakan tekanan yang sangat berat.Dia pun pergi begitu saja dan hamper tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya.Akan tetapi kerana cintanya,Abu Thalhah kembali lagi dengan membawa mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan,dengan harapan hatinya Ummi Sulaim akan tunduk dan menerimanya.Namun Ummu Sulaim berkata dengan penuh sopan santun : “ lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Thalhah,namun anda adalah lelaki kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah.Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah denganmu.” Abu Thalhah berkata “ Apa yang kau inginkan?Apakah emas dan permata?” Ummu Sulaim menjawab “ aku tidak menginginkan emas atau permata tetapi yang aku inginkan adalah islam darimu.” Abu Thalhah bertanya “ siapa yang dapat menuntunku untuk itu?” Ummu Sulaim menjawab “ rasulullah s.a.w dapat menuntunnya untukmu”.

Bergegaslah Abu Thalhah menuju kepada rasulullah s.a.w yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat – sahabatnya.Ketika rasulullah s.a.w melihat Abu Thalhah,baginda berkata:

“ telah datang kepadamu Abu Thalhah,sedang kedua matanya memancarkan soroton cahaya islam”

Abu Thalhah datang kepada Rasulullah s.a.w dengan menceritakan apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim.Akhirnya Abu Thalhah pun menikahi Ummu Sulaim dengan mahar seperti yang dimintanya ,iaitu memeluk agama islam.

Sesungguhnya wanita itu adalah teladan bagi setiap wanita yang menginginkan kemulian dan berusaha meraih keutamaan.Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mencoretkan ayat ayat indah dalam diari biografi kehidupannya,bersama tanda tanda kemuliaan dan bukti bukti keimanan.Betapa besarnya pahalanya di hadapan allah.Yang demikian kerana dia jujur pada allah,jujur pada dirinya dan jujur pada manusia………


Tersenyumlah ,jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu



Sumber : Jangan bersedih,jadilah wanita yang paling bahagia
Dr Aidh b. Abdullah Al Qarni

Monday, December 24, 2007

suara tangisan



renunglah ..........
dengarlah..........
apa yang kalian rasa.........
allah.........

Wednesday, December 19, 2007

al - hasyr


al hasyr - 18

18. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Tuesday, December 18, 2007

cmna nk buat?

assalamualaikum w.b.t

ketika ana menyertai satu program,ada seorang sahabat ana tanya pada ana tentang macammana ana nak buat kalo ada peserta yang merokok...

pada pendapat ana,langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah dengan mendekati peserta tersebut,beri perhatian lebih kepadanya tetapi tidak sampai menjejaskan peserta lain..
dlam erti kata lain,kita bina hubungan hati dengan dia.cuba kita fahami dia dan menjadi sahabat yang baik kepadanya.mungkin kita boleh buat sesuatu yang boleh menyentuh hatinya.

apabila dia mula percayakan kita,menganggap kita sebagai sahabat yang boleh berkongsi segalanya,barulah kita cuba perbetulkan dia sedikit demi sedikit..
sifat manusia itu sendiri,dia akan tersentuh jika kita melakukan sesuatu yang berada di luar jangkaannya..apabila kita melakukan perkara yang membuatkan dia rasa kita memang ingin bersahabat dengan nya bukan di atas dasar kebendaan atau apa pun.

agak sukar bagi sesetengah orang untuk menerima teguran secara direct...jadi,langkah lain iaitu fahami si dia.jika kita xmmpu untuk melaksanakannya,mungkin boleh dipanjangkan kepada rakan seperjuangan yang lain..mungkin ada sahabat lain yang boleh masuk dengan dia...walaupun program selesai,teruslah berhubung dengan dia.....

memang ia akan mengambil masa yang lama tapi insyaallah hasilnya baik.di samping itu,sentiasalah kita perbetulkan diri kita....
tapi yang paling utama,mintak lah pada allah yang maha kuasa.kita hanya mampu berusaha,tetapi yang menetukan allah.sentiasalah berdoa padaNYA agar dibukakan hati si dia.
hidayah itu allah yang bagi,kita hanya mampu berusaha......

setakat ini sahaja ...kepada sahabat lain yang mempunyai pandangan dan cara lain bolehlah dikongsi...insyaallah.....

moga kalian sentiasa dalam kasih sayang allah..

ukhwah fillah


sahabat
dalam kabur
tercari cari cahaya
akhirnya ku temui
sinar ceria di raut wajahmu


andainya alam ini mampu berkata - kata

pastilah pujian buat dirimu
di waktu itu
akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

sahabat

kau bimbinglah menuju cahaya ilahi...

sahabat

aku lemah mengharungi ranjau dunia....

sahabat

aku ingin sepertimu..
dalam ketenangan..
menghadapi hidup ini..

sahabat

ku bersyukur
kerna mengenali dirimu
ku harap...
kita kan terus bersama menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia ...................

ana tuju khas buat semua sahabat ana ......

moga antunna semua sentiasa dalam kasih sayang allah...

INTEC 1

Intelectual Teenage CAmp (INTEC 1 )


antara peserta perempuan...

antara peserta lelaki....










sayang kalian......


teruskan usaha ......
jalan kita masih panjang.....
innallaha maana.....

Tuesday, December 11, 2007

couple...????

Kami tidak berzina !…
Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?
tupun zina ke? Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.* Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?
…Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti…..
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.
Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana! YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

Oh Tuhan! pada Mu kami berserah dan memohon lindungan....


Iqra' Usjud Iqtarib

sumber : forward from someone....
untuk peringatan kita semua.....

Monday, December 10, 2007

something in life



subhanallah........

ilmu tanpa amal


ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah..
tidak guna jika kita mempunyai ilmu tetapi kita tidak mengaplikasikan dalam kehidupan harian kita...
jika kita kihat,maksud iman itu sendiri yaitu mempercayai dengan hati,mengaku dengan lisan dan mengamlkan dengan perbuatan...

so,amalkan ilmu yang ada,jangan biarkan ianya hilang dibawa arus kedewasaan...
hulurkan dan sebarkan ilmu kepada orang lain ..insyaallah ianya akan menjadi aset buat kita semua di akhirat kelak....


knowing are not enough,we must apply
willing is not enough,we must do....

lewat solat !!!

solat adalah tiang agama.....solat juga merupakan penghubung antara hamba dengan rabb nya,,,,,tapi kenapa ada antara kita yang bila nak dating dengan buah hati selalu je on time tapi bila time nk jumpa allah selalu je lengah lengahkan..
kenapa selalu begitu,.....renunglah n pikir pikirkanlah diriku dan sahabat yang disayangi semua.....
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi untuk sampaikan amalan kita, ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit, di mana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga ada


Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.

Why do people have such names??

any one,some one,which one,,,,oh i get headace


for a goodlaugh........ Have a nice day!
*As bound to happen, the wires have got crossed and there was a little confusion. Well not that little, it was quite a confusion. Here, read it for yourself:
Lee Sum Wan: "Hello, can I speak to Annie Wan?"
Mr. Sori: "Yes, you can speak to me."
Lee Sum Wan: "No, I want to speak to Annie Wan." Mr. Sori: "You are talking to someone! Who is this?" Lee Sum Wan: "I'm Sum Wan. I need to talk to Annie Wan. It's urgent."
Mr. Sori: "I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?"
Lee Sum Wan:"Look, just tell my sister Annie Wan that our brother* *was involved in an accident.Noe Wan was injured and now Noe Wan * *is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is going to the hospital."
Mr. Sori:"Well, if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident, that isn't an urgent> matter! You may find this hilarious, but I don't have time for this!" Lee Sum Wan: "You are very rude. Who are you?"
Mr. Sori: "I'm Sori."
Lee Sum Wan: "You should be sorry. Now give me your name!"
Mr. Sori:"I'm Sori!"
Lee Sum Wan: "I don't like your tone of voice, mister, and I don't care.Now give me your name!"
Mr. Sori: "Look, lady, I told you already. I'm Sori! I'm Sori! I'm SORI! You didn't even give me your name!"
Lee Sum Wan: "I told you before, I'm Sum Wan! Sum Wan! You better be careful, man. My father is Sum Buddy. * *And my uncle holds a very prestigious position in * *the family business. He is Noe Buddy."
Mr.Sori (sarcastically): "Oh, I'm so scared. Look, I don't care about your uncle; he's a nobody. Everybody thinks * *he's top dog and holding an important position in the company."
Lee Sum Wan: "No, Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn't work there."
Mr. Sori: "Like I said, I don't care which one of your aunts sleeps around, and I also know that not everybody works here! Jeez! Now, which one of my employees do you want to talk to?"
Lee Sum Wan: "Wheech Wan is my sister!"
Mr. Sori: "I don't know which one is your sister! How in God's name would I know that?*>>>

manusia , malaikat , syaitan

Manusia, Malaikat & Syaitan


Manusia - eh,bangunlah,dah subuh nie!
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih

Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....

Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


p/s : Sama2lah kita CUBE amal...biar sikit tapi konsisten.


Iqra' Usjud Iqtarib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...