Posts

Showing posts from 2008

heart

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

bila imanku mula bicara

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini bila imanku mula berbicara, hatiku mula mengalun sepi, terkenang peristiwa semalam, yang tenggelam dalam lautan noda, yang tiada bertengah tepi, bila imanku mula membara, manangis hibalah air mata, merintih hiba pada yang ESA ampunkan kelalaianku yang disengaja... bila imanku mula bangkit, ku bina azam dan kekuatan, untuk terus bangkit dari lena, yang indah nya sementara, bila imanku mula berbicara, baru ku sedar apa itu cinta, yang hakiki tida penghujung, dari pencipta kepada hambanya..

jenis hati ( bhgian 1)

Image
kenali hati sendiri sebelum berusaha mengubatinya.... 1) Qalbun sahih.... qalbun sahih bermaksud hati yang bersih,sihat,suci.Apabila menyebut perkataan suci,ianya bermakna hati itu bersih,sihat,bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t. orang yang memiliki hati yang suci ini akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul.Segala yang mereka lakukan adalah kerana Allah semata - mata.Benci pada perkara yang dibenci Allah.Benci mereka kerana Allah,cinta mereka juga kerana Allah. jika kita ingin tergolong dalam golongan yang mempunyai qalbun sahih ini,kita perlulah menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dalam hidup kita.Ini bermakna segala perlakuan dan perbuatan kita dalam kehidupan haruslah berpandukan sunnah Rasulullah..Ini kerana Rasulullah mempunyai akhlak terbaik dan yang paling mulia. Rasulullah mengajak manusia untuk berakhlak dengan akhlak yang paling mulia dan mem

just...

Image
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang..iaitu hendaknya ia tidak melihat lelaki lain(ghadul basyar) dan dilihat lelaki lain..(berhias sekadar tanpa menarik perhatian) -Saiyidatina Fatimah Azzahra-

tagged..!!..

salam to all....i have been tagged from my cousin,.kak fawa..hukhuk, and these are my answers: 1. 7 Fakta tentang saya seorang yang ingin sentiasa membetulkan diri 4 being d best muslim seorang yang agak sederhana tembam ( ye ke? ) rabun tahap pelik.....senget sebelah n silau yang melampau ( 50 , 400 ) agak tak tetap pendirian n kisah pe orang kata .. suka berjalan - jalan but a little bit kedekut .....( agak nya ) sesangat sensitip kekadang ( huhu ) pernah bercita-cita untuk jadi akauntan but lastly....cikgu..huhu.. 2. 7 perkara menakutkan saya di dunia (secara random ye aku buat ni) takut pada Allah (kat dunia pun kena takut jugak) takut buat ummi and ayah susah n sakit hati takut kalau tiba-tiba takde duit takut orang marah n buat orang marah or diri sendiri yang marah...( jgn marah2 yerk along...lalala) takut ditipu lagi dan lagi dan lagi oleh manusia2 durjana takut segala bencana alam n accident... takut jadi looser.... 3. 7 lagu wat masa sekarang sahabat - firdaus terima kasih ci

virus ukhwah

Image
S eorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain … sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut: 1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131 ) “seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi) 2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama “tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. 3) tidak santun dalam berbicara -suara tinggi/kata-kata kasar(31:19) -tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya -bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran sedang bergurau secara

joke dat become a reality.....

Image
16 nov 08.. gurauan yang menjadi kenyataan... perjalananku bersama kakak dan adik ke GIANT terbantut dek kerana kereta yang kami naiki rosak di jalanan...kelam kabut juga dibuatnya....start punye start ..still xnak jalan....alhamdulillah sempat masuk parking....memang first time kereta buat hal cam gitu..kaji punya selidik,temperature dia da sampai tahap maksimum. ..ayah kata kalo kete ni jalan jugak tadi ..boleh meletup...nauzubillah.....alhamdulillah..suma selamat kecuali kete je yang bocor tangki nya....alahai kereta... asalnya,aku dan along gurau - gurau tentang kereta tu....jalan jauh nanti rosak la...akhirnya,gurauan jadi kenyataan...memang kereta tu xidup... malam nie,terpaksa la kereta kesayangan ramai bermalam kat GIANT...maaf ye kereta.......moga lena tidurmu...hope kete 2 will be ok n selamat kat GIANT tu....pakcik jaga kat giant tolong tengokkan.. pengajaran daripada kisah ini ialah.... - b4 bawak kerata..make sure everything ok...jangan main jalan je... - semua yang berla

kutanya hati.

Image
kutany a hati, ketepuk dada sendiri, manakah hala perjalananku ini, terasa sangsi masih ku tidak mengerti, adakah aku dilanda laluan yang pasti... bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan, apakah berita yang suci dari sempadan? berikan petunjuk h idayah dan pesanan, bawakan doaku terus ke takhta pengakuan berbalas pandangan mataku dengan sang bulan bagaikan bicara mengharap pengertian moga disusun bintang yang berselerakan menjadi landasan laluan perjalanan kutanya hati apakah bisa aku dikhianati dengan kata hati yang tidak pasti atau akukah yang tidak mengerti betapa beharganya hati yang suci Subhanallah... indahnya hati pemberian Allah akan kujaga biarpun payah akan kuhias dengan sifat mahmudah akan kusingkir sifat mazmumah - mata hati - * ubat hati *

pic

Image
somewhere in terengganu....

exam

Image

eid fitri

Image
salam lebaran buat semua .... di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... moga dimaafkan segala salah dan silap.... ceria - ceria selalu....

dah khatam ke??

Image
satu malam selepas terawikh,aku duduk-duduk di bahagian belakang masjid sambil menunggu rakanku yang bertadarus bersama usrah nya.Sambil duduk,aku sempat menghabiskan beberapa surah... berehat sekejap,lalu terdetik di hati,sempatkah aku khatam quran bulan ramadhan ini...kerisauan bergayut di hati,sebab memang niat nak habiskan. ........................................ Tetiba,rakan ku datang menyapa,selesai katanya...dia pun mulakan perbincangan ... da khatam?" tanyanya.. belum,...risau jugak tak sempat.....banyak nak kena buat..huhuhu..kataku kembali. ada classmate kita yang dah khatamkan..?? maknanya tiada alasan la untuk kita..katanya.. betul3x..kita kerja keras sikitlah ..sambungku lagi.. sembang punya sembang tersentuh bab orang khatam quran tapi bila dengar bacaan mereka tunggang terbalik tajwidnya...haru laa skit...aku terfikir,mana yang perlu kita kejar,bacaan quran yang baik dari segenap segi atau khatam berkali - kali tetapi ta

di mana ramadhanku

merenung di tepian jendela, melihat alam sepanjang perjalanan, di bawah cahaya bintang dan bulan, aku terfikir tentang kekuasaan mu tuhan, perjalanan hidupku sepanjang ramdhan, adakah bersinar umpama mutiara yang bekerlipan. apakah cukup amalan yang dikerjakan, untuk dijadikan bekalan perjalanan, atau untuk dijadikan simpanan selepas hari kematian, jika tiada lagi ramadhan yang akan datang.. ku semak kembali atur susun jadual hidupku, ku bermuhasabah kembali tentang sibukku sehari hari, ku tilik kembali di mana ketawa ku dan air mata ku pergi... oh tuhan, sibukku dengan tugasanku,assigment ku yang tak pernah habis, tawaku untuk hidupku semata,dan tangisku untuk manusia... oh tuhan, sia - sia kah ramadhan ku.... rugilah aku... tidak mengejar janjimu.... tidak mengejar redhamu... sempatkah aku........ mengejar ramadhanku....

something...II

Image
كل بستان زهرة setiap kebun ada bunganya ung kapan bermakna dari ustaz fauzi ketika pengakhiran kuliah hari ni...sebenarnya,ungkapan tu ustaz nak kaitakan dengan presentation hari nie..tentang salah satu kaedah pengajaran nahu arab...kaedah tu adalah kaedah yang mana ianya mengambil kelebihan kaedah lain dan menolak kekurangan nya....kiranya macam kaedah tu adalah kaedah yang paling baik laa.....dan ia bersifat bebas dan damai.... la nie,bukanlah nak crita tentang kaedah tu..tapi nak singkap ungakapan tu and relate kan dengan hidup kita sehari - hari....setiap kebun ada bunga....kalau ikut kaitan dengan kaedah bahasa arab ialah setiap kaedah ada kelebihan tersendiri...kalo kita kaitkan dalam hidup kita sebagai manusia dan hamba di bumi Allah ini,setiap daripada kita ada kelebihan dan keistimewaan masing - masing... Allah ciptakan manusia dengan sebaiknya dan ada keistimewaan masing - masing.....oleh itu,tidak perlulah kita melihat diri kita ini teruk,tidak berguna dan sebagainya hin

ramadhan kareem..

Image
ahlan wasahlan ya Ramadhan .. apa yang sudah aku lakukan untuk menyambut tamu agung ini?? ya Ramadhan.. setiap kali engkau datang, seringkali itu aku bersamamu dengan kekosongan tanpa erti seringkali juga aku melepasi keluar dari madrasah barakah ini sama seperti mana waktu aku jejak engkau ketika anak bulan masih begitu kecil ya Ramadhan.. madrasah tarbawi..madrasah ibadah kering sangatkah hati aku rasa hormat dan ta'zhim kepadamu tidak terbit walau sekelumit? ya Ramadhan .. manusia masih terus dengan taklim rutin tidak endah engkau berlalu dan bila di akhir bulan kami gembira, aidilfitri pula bertamu padahal.. di dalammu diturunkan Al Quran juga wahyu Al Alaq yang pertama lailatul qadr, oh dirindu malah seruan jihad juga banyak engkau saksikan sesal aku ya Ramadhan kalau inilah pertemuan terakhir tiada lagi malam seribu bulan ingin ku ulang semua Ramadhan lepas Ya Ramadhan.. aku tidak mahu gagal lagi

ramadhan menjelma....

Rasulullah saw bersabda: “Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan dan penghulu segala hari adalah hari Jum’at” (Thabrani dan Baihaqi) salam ramadhan....

budak cute..

Image
assalamualaikum w.b.t comel kan budak kat gambar atas tu.....kami jumpa dia kat satu restaurant berhampiran Bangi..orang nya comel bangat,petah lagi...lepas selidik-selidik,maka nya tahulah yang dia nie rupanya anak tuan restaurant nie... apa yang bestnya budak nie,sampai kengkawan yang lain sibuk je mengacau budak nie ialah dia nie bercakap memang comel...speaking lagi...sepatah tanya ,sepuluh jawab....(comel la tu kan) .lagipun budak budak if pandai and macam murai skit,mesti comel and ramai peminatnya... kitaorang pun layan lah dia nie sambil tunggu makanan yang dipesan....Dia nie sibok nak main game kat handphone kitaorg,last2 yang syud ( kawan yang ikut makan ) bukak lah satu lagu kasi dia dengar.lagu my baby...sape ntah yang nyanyi..terlupa..budak tu pun mula la ikut rentak lagu and turut nyanyi....kagumnya,bila part chorus,lancar semacam je dia nyanyi..memang mantap...cepat plak dia ngafal n tangkap rentak lagu... alangkah bagusnya if budak tu menghafal quran ...mesti bleh jadi

something..

Bi l a hati kian bersih , fikiran pun selalu jernih Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih.. Tetapi bila hati sempit, segalanya menjadi rumit. Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit… bangkit wahai pemuda pemudi islam....!! nahnu du'at qabla kullu syai'in... takbir!!! Alla huakbar...

biG....mEnduGa

Image
assalamualaikum....w.b.t sibuk...busy....masyghul.... wah...padat jadual......rasa macam kurangnya masa rehatku.... tapi,still rasa bersyukur kerna aku lebih reti hargai masa rehatku.... manfaatkan waktu sebaiknya... kalo tidak.....langsung bazirkan waktu yang Allah bagi.....hihihi skrang tengah sibuk program bIg atau nama penuhnya biNa iNsan GURU... big kali ni,kena buat khidmat kominiti dimana kitaorang suma memilih untuk bergotong royong di sebuah tadika.....maka,alkisahnya....bergabungla dua kuliah iaitu kuliah 2.02 bersma 2.06.. antara objektifnya ialah,nak tingkatkan keyakinan dan kendiri positif di kalangan para pelatih guru nie dalam berinteraksi dengan masyarakat luar..al maklumlah,....cikgu @ guru @ ustazah...penting beno laa interaksi dengan masyarakat nie krana guru bukan sahaja berada di sekolah ,malah dimana2 pun dia adalah guru... antara objektif nya lagi adalah nak eratkan silaturrahim antara pelatih guru dengan penduduk setempat sekaligus tanamkan sikap yang positif da

forum..

Image
Forum Remaja @Pesta Konvo 2008 Ikhtilat: Tabiat Takpa, Mahasiswa Binasa MPH MMU Cyberjaya, 12 Ogos 2008, 8 Malam Untuk keterangan lanjut sila ke http://iucyber.mmu.edu.my/index.php/the-raise/

2.02...iPiS

Image
Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang esa Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta Sebuah memori yang tersingkap kembali Kisah pertemuan kali pertama Di dalam taman yang mengajar kita Erti kehidupan penuh pancaroba Di sini kita berjanji setia Bersama menongkah awanan cita Menanti jernih hujanan kejayaan Berkat dai usaha doa tulus padanya Tutur kata guru bagaikan azimat Sering mendidik jiwa yang lemah ini Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya Dan menjadi bekalan kami di hari muka Oh temanku masih kau ingat Susah senang harungi bersama Pahit manis kita rasainya Demi harapan kedua ibu bapa Sendau gurau,senyum tangis sendu Masih lagi segar di ingatan Rindu hati ingin bersemuka Setelah kita berpisah sekian lama Kupanjatkan doa agar dipertemukan Kerana kudratmu tiada batasan Bertemu,berpisah hanya kerana Allah Ukhuwah yang terbina anugerah darinya

my way so hard......

Image
jalan ini... kadang kadang terasa sukar untuk dilalui ranjau nya penuh duri membuatkan ku tak mampu untuk harungi kekadang aku rasa kuat dan penuh semangat kekadang aku rasa lemah selemahnya..malas menguasai.. kenikmatan bersenang - senang mengulit hariku... jalan ke syurga itu memang penuh dengan duri .. penuh dengan cabaran... penuh dengan halangan.... jalan ke neraka pula penuh dengan kenikmatan.. kenikmatan dunia yang tidak kekal... yang hanya sementara... yang sering membuatkanku terlena... membuatkanku senang. tapi di akhirannya... jalan yang penuh liku dan duri menjanjikan kenikmatan yang bukan sementara tapi kekal selamanya... manakala jalan yang penuh nikmat itu, nikmatnya akan hilang.. kesukaran yang berganti.. kesakitan yang akan mendatang.. nikmatnya tidak hakiki.. nikmatnya tidak kekal... hujungnya berduri... gelap....... tapi ramai yang mengikut jalan yang menjanjikan nikmat sementara itu, jalan yang luas itu, jalan yang mudah itu.. jalan yang senang itu... apakah mereka

liFe oF kAmAl aTaRtuK

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki. Sama-samalah kita ambil ikhtibar dari kisah ini. "Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau sebagai "Bapa Pemodenan Turki". Antara yang dilaksanakan oleh Kamal Atartuk ialah : 1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK. 2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara. 4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden" 5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8.. Mengambi

new sem....

Image
semester baru sudah menjelang, buat semua rakan dan taulan, amacam holiday yang xsampai sebulan, keje ke or asyik terlentang.... liat betul rasa di hati, sayu pun ada mengenangkan diri, nak balik da coz abis dah mengadap assigment plak pas ni, masa berjalan sekejap je... tup tap da abis cuti....da nak mula semester baru..liat nya rasa...susah juga nak bina semangat baru.Al maklumlah da seronok duduk rumah... jihad ...jihad..!! sEmpurnaKan taNggungJawab as a stuDent.... uPdate niAt,upgRade dIri.. sEmpurNakan iBadah meNuntut iLmu, bangkitlah diri,jiwa,akal.....bukak yang baru...sem ni diharap lebih cemerlang,gEmiLanG, dan teRbiLang.nAk maNtaPkan diRi,bAnyaKkan iLmu,tIngKatkan Amal..... .AllAHUAKBAR buat KenGkawan..sAhabaT saHibah... saLam PerJuangan... dan sAlaM mUjahadaH mOga reDha ALLAH

Al - Baqarah : 255

Image
Pixel Code Graphics ALLAH, tidak ada tuhan melainkan DIA yAnG hiDup keKal lagi teRus menerUs mengurus (makhluknya) , DIA tiDak menGantuk dan tiDak tiDur. KepunyaaNnya apa yAng ada di lanGit dan bUmi. SiaPakah yAng dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izinnya?? Allah mengetahui apa apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa apa ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendakiNYa. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi.Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya , dan ALLAH Maha Tinggi Lagi Maha Besar..

tHaNk yOu ALLAH

Image
Manusia biasanya lebih mengahargai sesuatu yang sukar diperolehi tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia..... tErlalU banYak NikmAt yaNg ALLAH kuRniakaN paDa kiTa....seHinggakan kita xmmapu nak menghitung nya.....SehInggakan SeTiap aNggota bAdaN kIta pun aDlah pinjaman darinya.... udAra yanG Kita seDut seTiap hari Ini pun pInjaman Buat kita.....MaKa laYAKkah kiTa uNtuk bErpaling Darinya...mAmpukah kita mencari alam yang bukan ciptaan NYa sbagai tempat tinggal....Mampukah kita menahan nafas sehingga sEtenGah jam dAn slamanya.....Sedang kembali kita pun kelak pada tanah yang kita pinjam dariNYA...... pErkataan apa lagi,Hujah apa lagi Yang mahu kamu keluarkan.....SemUa nYA terang Lagi nyata.....Sumanya terTerA di Dalam KitaB sUci Al quran ...mukjizAt paliNG agung .....SiApakah kiTA mahu mentakwiL seGala yaNG ada .......Kita Tidak mEngetahui sEgAla aPa yAng aDa di Sebalik...kiTa hanYa menGetaHui yaNg Nyata...sEdanG AllaH meNgeTahui seTiAp yaNg aDa di LanGit dan Di bUmI.. kErd