Posts

Showing posts from January, 2012

great teacher

Image
Guru yang berwibawa akan sentiasa bersunguh sungguh ,bijak , cekap,kreatif,inovatif,dedikasi,adil,mesra,periang,bertimbangrasa,bersikap terbuka,tenang,sabar,dan sentiasa bersedia mendengar rungutan,kritikan dan teguran.Guru yang berwibawa juga harus sedar tanggungjawab yang terlalu BESAR yang diamanahkan padanya bagi memastikan murid mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. tugas guru bukan hanya mengajar subjek mathematic,science,bahasa,agama tetapi memastikan bahawa setiap murid dapat mengaplikasi ilmu yang mereka dapat dalam kehidupan.Ini adalah kerana ilmu yang dicurahkan bukan untuk dilengkapkan pada kertas peperiksaan tetapi nerupakan BEKAL dan CAHAYA untuk mereka suluh bagi memastikan langkah mereka kedepan tidak tersasar.Guru juga harus sentiasa menggarap ilmu dan mampu menyerlah dengan pembinaan sahsiah yang luhur dan berwibawa yang mana menjadi ikutan kepada semua lapisan masyarakat. GURU seharusnya menyedari perubahan dan gerakan yang berlaku dalam semua as

cough

Image
selain daripada mengambil ubat di klinik atau farmasi.ada juga petua yang boleh diamalkan bagi mengatasi batuk.anda disarankan untuk selawat,bertahmid,membaca al-fatihah sebelum meminum atau memakannya.  Ambil sedikit kerak nasi, dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi tu kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam  dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum 2 kali seminggu. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari. selamat mencuba.sesungguhnya penyembuhan itu datang dari Allah. http://iwaagz.blogspot.com/2011/09/image-of-cough.html

read and think..

Image
“Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji ,” Surah Al-Ankabut (ayat 2) NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. cerita perjalanan kehidupan yang sangat menyentuh dan menggambarkan ketabahan seorang wanita yang mencintai penciptaNYA..redha dan masih tersenyum di saat ujian yang getir dihadapinya..besarnya ujian untuknya sehingga terasa ujian yang Allah beri pada diri ini terlalu kecil dan sedikit untuk dibandingkan dengannya.. “Allah tidak akan membebani seorang hamba melainkan yang mampu ditanggungnya.” (Mafhum dari Surah al