Assalamualaikum w.b.t... salam kasih buat sahibah sekalian... setelah sekian lama menyepi,di sini ana bawakan satu perkongsian dan peringatan buat diri ana serta sahabat sahibah sekalian... setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian...tanpa sedar mahupun dalam sedar... ujub dan merasa kagum ialah antara satu ujian yang kadangkala kita sendiri tidak menyedari kehadirannya.... syaitan mengajarkan ilmu tentang perasaan ujub,iaitu merasa kagum dengan keunggulan diri sendiri.Ujub bermaksud merasa kagum dengan diri sendiri dan ia merupakan penyakit hati yang amat membahayakan.Menurut Iman ghazali r.a " ujub ialah takabbur yakni membesarkan diri yang hasil daripada batin dengan sebab disangka akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu dan amal.Manakala jikalau terdapat ketakutan atas hilangnya amal dan ilmu maka ianya tidaklah dinamakan ujub.Tercelanya sifat ujub ini kerana ia memandang baik dirinya sendiri dan memandang rendah pada orang lain. sahibah yang dm...