Friday, February 24, 2012

imam dalam kehidupan



Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.



PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.


Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.


” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?



MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

:)



Sunday, February 19, 2012

homesickness


Homesickness is the distress or impairment caused by an actual or anticipated separation from the specific home environment or attachment objects. The Oxford English Dictionary describes homesickness as a feeling one has when missing home. Feelings of longing are often accompanied by anxiety and depression. These symptoms may range from mild to severe.Homesick means upset, sad, and maybe scared.

Homesickness frequently occurs when one travels and may be exacerbated by unfamiliar environments or foreign cultural contexts. Homesickness is especially common in youth. Young people may experience a sense of dread, helplessness, or separation anxiety on their first day of school, summer camp, or on a protracted summer vacation away from the family. Many first-year students at boarding schools or universities also experience homesickness


Coping is a method used by individuals to lessen the effects of a negative situation. Homesickness is a state of being that includes both cognitive process and complicated emotions. Feelings associated with homesickness are anxiety, depression, sadness, and withdrawal. About three quarters of children experience homesickness to some degree and thus must cope somehow with the experience. Often homesickness is somewhat hard to diagnose. Individuals tend to withdraw socially, mentally returning to comforting thoughts of home. An immediate remedy for homesickness is to return home. However this is not always an option and in many cases can be more harmful to the development of the individual.

The first method of coping with homesick individuals is addressing the cognitive components. If individual’s cognitions are manipulated then they will tend to not experience the symptom of homesickness. Cognitions of home are either altered or totally avoided when trying relieving homesickness. Getting homesick individuals to participate in games, task, or assignment will redirect conscious thought away from home. Cognition is a large factor to why an individual experiences homesickness and by making a homesick individual change their conscious thoughts it will help them cope with homesickness. Also participation in activities will reduce uncertainty homesick individuals have about new environments

The second aspect of homesickness is the affective state or emotional state. This is more problematic because the emotions experienced with homesickness must be internally processed. Emotions like sadness, depression and withdrawal are experienced by homesick individuals and can’t be immediately relieved . Counseling and discussion of feelings with a trusted individual is a method to help relieve some of the anxiety and stress. There are direct methods to ease some of the symptoms like writing a letter, or calling home. Direct contact with home is a reassurance of the security of the home.
Psychologists say that the best way to prevent homesickness is to spend practice time away from home. Previous experience away helps develop and refine the coping skills most effective for an individual. A study by the American Academy of Pediatrics published in January, 2007, in the journal Pediatrics, also recommends that parents involve children in every aspect of planning separation, and not offer to pick the child up before the period of separation is scheduled to end

Its hard to be homesick ,so hard..so we need to help ourselves feel less from homesick.keep busy,the more fun stuff you do the less time you'll have to feel homesick.then stay in touch,call parent once a day and talk about the fun thing.then,talk with someone where you are.close friends or counselor.but,the most important thing,stay close with Allah,Al-quran..He will help us to feel more better than human do.


Tuesday, February 7, 2012

liku - liku hidup II

risau , bimbang ..
manusia ini sentiasa ada kerisauan dalam hatinya..
jika dilihat..
bila belajar..riso pasal result..
bila da dapat result, riso nak masuk Uni mana..
bila da habis belajar , riso tak de calon nak kahwin..
bila da ada calon , riso betl ke dia nak..
riso pasal duit .. pasal kenduri..
bila da kenduri da berduit , riso pasal zuriat..
bila da ada anak , riso anak jadi camne,..
bila anak da beso..riso jodoh anak...
bila da tua..riso anak tak jaga...
bila anak jaga..riso amal da cukup blom..
riso syurga ke neraka..
la haula wala quwwata illa billah...

kena yakin..Allah da susun yang terbaik untuk kita..kita merancang yang menetukan itu Allah..kerana dia lebih tahu yang terbaik dan terindah yang ternyaman yang tercantik buat kita di sisiNYA baik untuk agamaNYA..usaha + tawakal + redha perlu ada walau sbgai insan yang banyak kekurangan sentiasa merasakan ia mudah ditulis dan diperkatakan tetapi agak sukar direalitikan..tapi Allah kan ada..Allah sentiasa ada ...maka mintalah pada DIA..minta kekuatan pada DIA..(^^-)

LIFE is A tesT..
beruntung bagi mereka yang sentiasa ingat akan MATI...
dan kita juga perlu dan Mesti riso dan ingat akan bekalan yang bakal kita bawa berjmpa Allah kelak..lebih risau dengan berapa orang sudah kita bawa kearah kebaikan..risau adakah taubat diterima..risau adakah Allah memandang sbagai hambaNYA yang soleh atau sebaliknya...

Sunday, February 5, 2012

يا حبيب


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد



Nabi s.a.w bersabda ,perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

Thursday, February 2, 2012

liku - liku hidup

melangkah masuk ke pintu kelas....

murid 1 : bangun!!!!!!!
murid 2 : bangunlah !!!
murid 3 : bangun
ramai murid : bangun,bangun..
- kecoh -

ustazah,hari ni kan kita nak g jalan..
ustazah kita pun,ayah kita bawak pergi mandi kolam..
eleh..ustazah,saya nak pergi shopping ..
ustazah,kita lagi...itu..ini...ustazah...ok..

murid 1 : ustazah , dah balik ke? ( tak start ngajo lagi )
murid 2 : ustazah , tandas ...
murid 3 : ustazah, dia amik pen saya...
murid 4 : ustazah , nak duduk ke ?
murid 5 : ustzah ...ustazah ...ustazah ( saje nak memanggil )
murid 6 : ustazah,di nangis...saya buat..

15 minit
ustzah , dah balik ke...
ustzah , tandas
ustazah , buku hilang
ustazah,pensil jatuh bawah kerusi
ustazah , tudung saya senget
ustazah , ada orang maen pintu
ustazah , dia maen tembak-tembak

ustazah tanya murid 1 :
u : kamu baca iqra' tak kat rumah ?
m1 : baca
u : iqra' berapa?
m1 : tak tahu,tak baca kot
u : kamu baca quran ke ?
m1 : baca
u : surah apa kamu baca
m1 : tak tahu,ayah tak ajar..
u : ok,takpelah ( sabo je )

masa latihan :
u : mana buku kamu
m2 : ada kat meja
u : pergi ambil , kan ustzah suruh bawak buku ,knapa main pintu
m2 : ustazah tak panggil nama saya pun
u : laa,tadikan ustazah dah pesan semua bawak buku jumpa ustazah
m2 : hehe...saje ustazah
u : sabo jelah

sedikit babak semasa ragam pelajar tahun 1,siapa kata jadi cikgu senang dan goyang kaki.cabaran mengajar tahun 1 yang banyak benor peel perangai..even,tudung senget,pensil jatuh,buku terbalik,pensil patah,sampah bawah meja,kawan cubit,kawan mengata,setiap 5 minit tanya 'dah balik ke?',ustazah dah pukul 12.30 ke?.haha.sangatlah bergembira.moga Allah beri kemudahan,kesabaran,kelapangan,idea kreatif dan bombastik agar dapat menerapkan ilmu dan nilai kepada mereka..

Wednesday, February 1, 2012

Kau Yang Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya


Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang

-opick feat amanda-

pesan ibu

jika sudah jatuh cinta jangan seluruhnya diberi pada manusia. Sayang dan cinta pada manusia ada caranya. Jika tersalah aturan, kelak kita kecewa dan jiwa kita yang merana. Oleh itu, redha dan tawakal kena sentiasa ada. Biar hati kita dan hati orang yang kita cinta dipimpin oleh-Nya.

Moga keimanan ini tidak terhakis kerana cinta selain pada Allah

marriage



What is marriage a means for?

In relation to the previous question, once you set your main intention in order, you realize marriage is a means to complete half your deen. It is a tool for raising a family upon the religion in obedience Allah Azzawa Jall. And increase and better yourselves together. Ultimately all this is to please Allah Subhanahu wa Ta’ala and gain Jannah bi’ithnillah.


Why do people want to get married?

To please and increase in the worship and obedience of Allah AzzawaJall, and to follow the sunnah of the Prophet (sal Allahu alayhi wa sallam).then,to protect themselves from falling into zina and haram, and a halal way to satisfy their desires and they like the idea of being loved, having a family, etc.


Our love for Allah AzzawaJall, and then the Prophet sal Allahu alayhi wa sallam, and Jannah should be greater than our love for other humans in this dunya. Make the deen your life and focus. You may still get whispers from Shaytan telling you to impress that brother, but fight away those thoughts and keep on marching forward insha Allah. On the Day of Judgment, you will stand alone with your character and deeds, so don’t lose sight of death and the akhirah.


I would like to briefly address the sisters who believe that they are ready for marriage and can eventually convince their parents (gently and respectfully) or overcome the hurdle that is stopping them. My advice would be to go for it! Marrying young is the sunnah, and if you can marry, then why not? Start researching, learning, and reading books about marriage in Islam, its obligations and sunnah, evaluate yourself and what you realistically want in a spouse. And of course do istikhareh prayer before you make any big decisions.


Source: Amal.S, http://www.habibihalaqas.org


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...