Posts

Showing posts from October, 2009

untuk kau dan aku

"perjuangan ini sangat payah,perjalanan membawa obor dakwah sangat berat,tribulasi,mehnah dan duri memenuhi setiap pelusuk jalan,namun kita dianugerahkan oleh ALLAH yang Maha Kuasa AL - QURAN sebagai pembimbing.Janji Allah itu pasti" untuk kau dan aku... sentiasalah mentarbiyah diri di samping mengajak orang lain. "Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebaikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri? dan kamu membaca kitab,tidakkah kamu fikirkan? (al - baqarah :44)" janganlah menjadi alim sumbu pelita.memberi dan menyampaikan ilmu pada orang lain namun diri sendiri terbakar hangus.Jangan terlalu sibuk menyelematkan orang,sampai diri sendiri lemas karam. sentiasalah ikhlaskan hati.Yakinlah janji Allah itu pasti.Pujian manusia sementara tapi kasih Allah kekal selamanya.Jangan keluh kesah tidak dipandang dan dinilai manusia,usah gelisah jika dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi namun resah dan gundahlah jika dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihi