Posts

Showing posts from April, 2009

kata

Image
...mgkin ini satu ujian.. pengukuhan dalam persahabatan... keikhlasan dalam perjuangan... kejujuran dalam perkataan... kebuktian dalam kesetiaan ..

daie @ selebriti

Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya. Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri. Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga. Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri. Malang, bila pendakwah jadi “peniaga”...

bisikan qalbu

mengapa kesukaran dan kekecewaan serta kesedihan sering menunjal ke dalam hati memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan tidak dipenuhi.. sedang terlalu banyak nikmat yang telah KAU beri.. ku yakin kekuasaanmu... ku rayu pengampunanmu... kurniakanlah yang terbaik untukku...