rintihanku..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.... syukur padaMu kerana aku diberi kesempatan untuk bernafas,menghirup udaramu, aku masih diberi kesempatan untuk menyesal dan tersedar di atas setiap khilafku... aku mohon sejuta pengampunan dariMu.. kerana tanpa ampunan dan rahmatMu, maka siapalah aku...ke manakah tempat akan ku tuju,pada siapa akan ku adu....Allah...dengarlah rintihku... perkongsian ini lebih kepada tarbiah buat diri ini.. peringatan buat jiwa ini..kerinduan yang lama dipendam.. kesakitan yang tak padam - padam.. aku mohon petunujuk dari NYA yang Maha Kuasa, " Ya tuhan kami,berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul - rasulMu.Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat.Sungguh,Engkau tidak pernah mengingkari janji " Ali Imran : 194 hidup sehari hari padat dengan kerja, urusan dunia yang tak pernah putus.. sentiasa memburu dan diburu,samaada ianya penting atau kurang penting, juga ada yang mendatangkan ...