Posts

Showing posts from June, 2009

di antara yang berduri..

Image
salam.... Dengan nama Allah yang maha agung lagi maha mengasihi,..ku memohon hindarkan aku daripada perkara yang boleh menjauhkan aku daripadamu.... alhamdulillah...setelah agak lama menyepi,akhirnya tangan ini mampu lagi menari nari di papan laptop ini..walaupun tulisan itu mungkin tidaklah sebaik mana,namun,diharap mampu memberi manfaat pada semua..... kali ni nk berbicara tentang cactus,...tumbuhan berduri yang sangat comel.. Kaktus merupakan tumbuhan berduri, tajam dan tirus. Tumbuhan ini ditanam sebagai lanskap. Kulitnya tebal dan keras. Isi yang terdapat dalam kaktus berbentuk gel yang lembut dan terdapat pada bahagian daun. Di dalam gel mengandungi air, gula dan logam. Terdapat di kawasan gurun serta tanah berpasir dan hidup tanpa air . sebenarnya minat terhadap kaktus nie baru je bermula..dalam tahun lepas..beli dua pokok kaktus dari cameron highland...tapi sayangnya bila kaktus tersebut terjatuh dan patah...so bila ada trip ke cameron highland terus beli...harap ...

pemaaf

Image
Orang yang memiliki sifat pemaaf mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh.Sebaliknya orang yang berdendam,dia tidak memiliki ramai kawan dan mempunyai ramai musuh. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Untuk memaafkan seseorang yang membuat kesalahan besar terhadap kita amatlah sukar.Namun,apabila kita memafkan orang,hati bakal menjadi tenang Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur : 22 yang bermaksud " ...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?dan Allah adalah maha pengampun lagi Maha Penyayang." dalam ayat ini dijelaskan bahawa jika kita mahu Allah mengampuni dosa kita,kita perlu memaafkan orang lain terlebih dahulu.Walaupun orang itu tidak datang memohon kemaafan kepada kita.Allah juga mengajak manusia untuk masuk ke syurga NYA dan golongan yang bakal menghuninya adalah orang yang bersikap pemaaf. Orang yang mempunyai sifat pemaaf juga akan terhindar daripada sifat - sifat keji seperti d...

Al - fatihah

Al fatihah buat Dr. Ammar B. Zulkifli pelajar jurusan Medic Cairo University telah kembali ke rahmatullah selepas Maghrib(waktu Mesir) moga Allah merahmatimu ... http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/06/night-of-tragedy.html

Bagaimana Syaitan Menelanjangi Wanita Islam

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap: "I. MENGHILANGKAN DEFINISI HIJAB* Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke neg...