Bagaimana Syaitan Menelanjangi Wanita Islam


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki
berbagai cara strategi, dan yang sering
dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa
nafsu, yang memang memiliki
kecenderungan mengajak kepada keburukan
(ammaratun bis su').

Syaitan seakan mengetahui kecenderungan
nafsu kita, dia terus berusaha agar
manusia keluar dari garis yang telah
ditentukan Allah, termasuk melepaskan
hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

"I. MENGHILANGKAN DEFINISI HIJAB*

Dalam tahap ini syaitan membisikkan
kepada para wanita, bahawa pakaian
apapun termasuk hijab (penutup) itu
tidak ada kaitannya dengan agama, ia
hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan
bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian
syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk
dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah
berubah, atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah
pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika
seseorang berpindah dari suatu negeri ke
negeri yang lain, maka harus
menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita
berkeyakinan, bahawa hijab adalah
pakaian syar'i (identiti keislaman),dan
memakainya adalah ibadah bukan sekadar
gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja
dan di mana saja, maka hijab syar'i
tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan
dengan prinsip hijabnya, maka syaitan
beralih dengan strategi yang lebih
halus. Caranya?

*Pertama, Membuka Bahagian Tangan*

Telapak tangan mungkin sudah
kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada
sedikit peningkatan model yakni membuka
bahagian hasta (siku hingga telapak
tangan).

"Ah tidak apa-apa, kan masih pakai
jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan.

Dan benar si wanita akhirnya memakai
pakaian model baru yang menampakkan
tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka
syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

*Kedua, Membuka Leher dan Dada*

Setelah menampakkan tangan menjadi
kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi. "Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka
perlu ada peningkatan model pakaian yang
lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian
atas dada kamu."

Tapi jangan sebut sebagai pakaian
terbuka, hanya sekadar sedikit untuk
mendapatkan hawa, agar tidak panas.
Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru
yang terbuka bahagian leher dan dadanya
dari yang fesyen setengah lingkaran
hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang
tentu menjadikan lebih terlihat lagi
bahagian sensitif lagi dari dadanya.

*Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang*

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya
gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen
atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi
apa ya? Si wanita berfikir.

"Banyak fesyen dan kain yang agak tipis,
lalu bentuknya dibuat yang agak ketat
biar lebih sedap/cantik dipandang,"
syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah
fesyen pakaian yang ketat dan kain yang
tipis bahkan transparent.

"Mungkin tak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan
dan fesyennya saja yang agak berbeza,
biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah.

Walhasil pakaian tersebut akhirnya
membudaya di kalangan wanita muslimah,
makin hari makin bertambah ketat dan
transparent, maka jadilah mereka wanita
yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi
telanjang).

*Keempat, Agak di Buka Sedikit*

Setelah para wanita muslimah mengenakan
pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan
idea baru yang sepertinya "cool" dan
"vogue", yakni dibisiki wanita itu,
"Pakaian seperti ini membuat susah
berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa
tak sebaiknya di belah hingga lutut atau
mendekati paha?" Dengan itu kamu akan
lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang
benar dengan dibelah mulai dari bahagian
bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata membuat lebih selesa dan
leluasa, terutama ketika akan duduk atau
naik kenderaan.

"Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum
wanita, hingga tahap ini pakaian masih
tetap utuh dan panjang, hanya fesyen,
corak, potongan dan bahan saja yang
dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan
pada tahap berikutnya.

*II. TERBUKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT*

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu
daya lain yang lebih "power", tujuannya
agar para wanita menampakkan bahagian
aurat tubuhnya.

*Pertama, Membuka Telapak Kaki dan
Tumit*

Syaitan Berbisik kepada para wanita,
"Baju panjang benar-benar tidak selesa,
kalau hanya dengan membelah sedikit
bahagiannya masih kurang leluasa, lebih
elok kalau dipotong sahaja hingga atas
mata kaki."

Ini baru agak longgar.

"Oh...... ada yang yang terlupa, kalau
kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab
yang besar tidak sepadan lagi, sekarang
kamu cari jilbab yang kecil agar lebih
serasi dan sepadan, ala....... orang
tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan
bisikan ini terburu-buru mencari fesyen
pakaian yang dimaksudkan. Tak
ketinggalan kasut tumit tinggi, yang
kalau untuk berjalan, dapat menarik
perhatian orang.

*Kedua, Membuka Seperempat Hingga
Separuh Betis*

Terbuka telapak kaki telah biasa ia
lakukan, dan ternyata orang yang melihat
juga tidak begitu ambil peduli.

Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata
kebanyakan manusia menyukai apa yang
kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada
reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa
orang. Kalau langkah kakimu masih kurang
leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen
lain yang lebih menarik, bukankah kini
banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah,
hanya terlihat kira-kira sepuluh
centimetre saja." Nanti kalau sudah
biasa, baru kamu cari fesyen baru yang
terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa
nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang
dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia
turutkan. Maka terbiasalah dia memakai
pakaian yang terlihat separuh betisnya
kemana saja dia pergi.

*Ketiga, Terbuka Seluruh Betis*

Kini di mata si wanita, zaman
benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan
jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
apakah ini tidak menyelisihi para wanita
di masa Nabi dahulu.

Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu
menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang
zaman sudah berubah, kalau zaman dulu
para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus
menyelisihi dengan menjulurkannya hingga
menutup telapak kaki, tapi kini lain,
sekarang banyak lelaki yang menurunkan
pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka
wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu
dengan mengangkatnya hingga setengah
betis atau kalau perlu lebih ke atas
lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah
bagi kaum lelaki," bersungut.

"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di
masa itu kaum lelaki tidak suka kalau
wanita menampakkan auratnya, sehingga
wanita-wanita mereka lebih banyak di
rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza,
kini kaum lelaki kalau melihat bahagian
tubuh wanita yang terbuka, malah senang
dan mengatakan ooh atau wow, bukankah
ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah,
kerana sama- sama suka?

Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini,
dari yang di pasar malam hingga yang
berjenama di pusat membeli belah,
semuanya memperagakan fesyen yang
dirancang khusus untuk wanita maju di
zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang
ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang
menampakkan seluruh betis akhirnya
menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang
memakainya dan sedikit sekali orang yang
mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya
syaitan melancarkan tahap terakhir dari
tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

*III. SERBA MINI*

Setelah pakaian yang menampakkan betis
menjadi pakaian sehari- harian dan
dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah
bisikan syaitan yang lain. "Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu
saja, sekarang ini fesyen skirt mini,
dan agar sepadan, rambut kepala harus
terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang
menampakkan bahagian bawah paha dia
pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang
terbuka hingga lengan tangan, terbuka
bahagian dada sekaligus bahagian
punggungnya dan berbagai fesyen lain
yang serba pendek dan mini.

Koleksi pakaiannya sangat beraneka
ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi,
pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tak
ketinggalan seluar pendek separuh paha
pun dia miliki, fesyen dan warna rambut
juga ikut bervariasi, semuanya telah
dicuba. Begitulah sesuatu yang
sepertinya mustahil untuk dilakukan,
ternyata kalau sudah dihiasi oleh
syaitan, maka segalanya menjadi serba
mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk
mandi di kolam renang terbuka atau mandi
di pantai, di mana semua wanitanya sama,
hanya dua bahagian paling ketara saja
yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan
dan buah dada. Mereka semua mengenakan
pakaian yang sering disebut
dengan "bikini".

Kerana semuanya begitu, maka harus ikut
begitu, dan na'udzubillah bisikan
syaitan berhasil, tujuannya tercapai,
"Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita,
kalian semua sama, telanjang di hadapan
lelaki lain, di tempat umum. Aku
berlepas diri kalau nanti kelak kalian
sama-sama di neraka. Aku hanya
menunjukkan jalan, engkau sendiri yang
melakukan itu semua, maka tanggung
sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

PENUTUP

Demikian halus, cara yang digunakan
syaitan, sehingga manusia terjerumus
dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah
kita semua, terutama orang tua jika
melihat gejala menyimpang pada anak- anak
gadis dan para wanita kita sekecil
apapun, segera secepatnya diambil tindakan.

Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana
kalau dibiarkan dan telah menjadi
kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi
kita untuk mengatasinya. Membiarkan
mereka membuka aurat bererti merelakan
mereka mendapatkan laknat Allah,
kasihanilah mereka, selamatkan para
wanita muslimah, jangan jerumuskan
mereka ke dalam kebinasaan yang
menyengsarakan, baik di dunia mahupun diakhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!