pemaaf




Orang yang memiliki sifat pemaaf mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh.Sebaliknya orang yang berdendam,dia tidak memiliki ramai kawan dan mempunyai ramai musuh.

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Untuk memaafkan seseorang yang membuat kesalahan besar terhadap kita amatlah sukar.Namun,apabila kita memafkan orang,hati bakal menjadi tenang

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur : 22 yang bermaksud

" ...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?dan Allah adalah maha pengampun lagi Maha Penyayang."

dalam ayat ini dijelaskan bahawa jika kita mahu Allah mengampuni dosa kita,kita perlu memaafkan orang lain terlebih dahulu.Walaupun orang itu tidak datang memohon kemaafan kepada kita.Allah juga mengajak manusia untuk masuk ke syurga NYA dan golongan yang bakal menghuninya adalah orang yang bersikap pemaaf.

Orang yang mempunyai sifat pemaaf juga akan terhindar daripada sifat - sifat keji seperti dendam,hasad dengki,benci dan dengki yang mana sifat mazmumah ini bakal mengundang kepada perpecahan dan pergaduhan.

walaupun amalan bermaafan ini sangat dituntut dalam islam tapi ini bukan bermakna kita boleh melakukan kejahatan dan kesalahan sesuka hati dan sengaja.Dosa sesama manusia tidak akan diampunkan Allah kecuali setelah mendapat kemaafan daripada manusia itu sendiri.

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemaaf.satu sirah yang boleh kita lihat yang mana menunjukkan sifat rasulullah ialah :

Pada suatu ketika dalam satu peperangan,tiba - tiba datang seorang lelaki yang bernama Da'tsur menghunus pedang nya kepada Rasulullah yang sedang duduk berteduh di bawah pokok.Da'tsur bertanya kepada Nabi " Siapakah yang dapat melepaskanmu daripadaku?"Lalu Rasulullah menjawab " Allah "

Ketika itu jatuhlah pedang yang dihunus oleh Da'tsur,lalu Rasulullah mengambil pedang tersebut dan dihunus kepada Da'tsur dan Rasulullah bertanya kepada Da'tsur
" sekarang siapa yang dapat melepaskanmu daripadaku?".Da'tsur menjawab " tiada".Lalu Rasulullah memeberi maaf kepada lelaki itu dan kerana murninya hati Rasulullah s.a.w,Da'tsur mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengajak kaumnya memeluk agama islam.

banyak lagi kisah yang menggambarkan sifat pemaaf Rasulullah.Sikap inilah yang perlu kita contohi dan diamalkan dalam kehidupan harian.Sedangkan Rasulullah bersikap pemaaf,apatah lagi kita sebagai manusia biasa.Orang yang berdendam tidak menguntungkan diri mereka sendiri tetapi membawa kerugian.Mereka bukan sahaja tidak disukai masyarakat tapi menyakitkan diri mereka sendiri.Seorang dai'e perlu mempunyai sikap pemaaf dan bersedia meminta maaf.

sumber : buku ubat hati

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!