Posts

Showing posts from September, 2008

eid fitri

Image
salam lebaran buat semua .... di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... moga dimaafkan segala salah dan silap.... ceria - ceria selalu....

dah khatam ke??

Image
satu malam selepas terawikh,aku duduk-duduk di bahagian belakang masjid sambil menunggu rakanku yang bertadarus bersama usrah nya.Sambil duduk,aku sempat menghabiskan beberapa surah... berehat sekejap,lalu terdetik di hati,sempatkah aku khatam quran bulan ramadhan ini...kerisauan bergayut di hati,sebab memang niat nak habiskan. ........................................ Tetiba,rakan ku datang menyapa,selesai katanya...dia pun mulakan perbincangan ... da khatam?" tanyanya.. belum,...risau jugak tak sempat.....banyak nak kena buat..huhuhu..kataku kembali. ada classmate kita yang dah khatamkan..?? maknanya tiada alasan la untuk kita..katanya.. betul3x..kita kerja keras sikitlah ..sambungku lagi.. sembang punya sembang tersentuh bab orang khatam quran tapi bila dengar bacaan mereka tunggang terbalik tajwidnya...haru laa skit...aku terfikir,mana yang perlu kita kejar,bacaan quran yang baik dari segenap segi atau khatam berkali - kali tetapi ta...

di mana ramadhanku

merenung di tepian jendela, melihat alam sepanjang perjalanan, di bawah cahaya bintang dan bulan, aku terfikir tentang kekuasaan mu tuhan, perjalanan hidupku sepanjang ramdhan, adakah bersinar umpama mutiara yang bekerlipan. apakah cukup amalan yang dikerjakan, untuk dijadikan bekalan perjalanan, atau untuk dijadikan simpanan selepas hari kematian, jika tiada lagi ramadhan yang akan datang.. ku semak kembali atur susun jadual hidupku, ku bermuhasabah kembali tentang sibukku sehari hari, ku tilik kembali di mana ketawa ku dan air mata ku pergi... oh tuhan, sibukku dengan tugasanku,assigment ku yang tak pernah habis, tawaku untuk hidupku semata,dan tangisku untuk manusia... oh tuhan, sia - sia kah ramadhan ku.... rugilah aku... tidak mengejar janjimu.... tidak mengejar redhamu... sempatkah aku........ mengejar ramadhanku....

something...II

Image
كل بستان زهرة setiap kebun ada bunganya ung kapan bermakna dari ustaz fauzi ketika pengakhiran kuliah hari ni...sebenarnya,ungkapan tu ustaz nak kaitakan dengan presentation hari nie..tentang salah satu kaedah pengajaran nahu arab...kaedah tu adalah kaedah yang mana ianya mengambil kelebihan kaedah lain dan menolak kekurangan nya....kiranya macam kaedah tu adalah kaedah yang paling baik laa.....dan ia bersifat bebas dan damai.... la nie,bukanlah nak crita tentang kaedah tu..tapi nak singkap ungakapan tu and relate kan dengan hidup kita sehari - hari....setiap kebun ada bunga....kalau ikut kaitan dengan kaedah bahasa arab ialah setiap kaedah ada kelebihan tersendiri...kalo kita kaitkan dalam hidup kita sebagai manusia dan hamba di bumi Allah ini,setiap daripada kita ada kelebihan dan keistimewaan masing - masing... Allah ciptakan manusia dengan sebaiknya dan ada keistimewaan masing - masing.....oleh itu,tidak perlulah kita melihat diri kita ini teruk,tidak berguna dan sebagainya hin...

ramadhan kareem..

Image
ahlan wasahlan ya Ramadhan .. apa yang sudah aku lakukan untuk menyambut tamu agung ini?? ya Ramadhan.. setiap kali engkau datang, seringkali itu aku bersamamu dengan kekosongan tanpa erti seringkali juga aku melepasi keluar dari madrasah barakah ini sama seperti mana waktu aku jejak engkau ketika anak bulan masih begitu kecil ya Ramadhan.. madrasah tarbawi..madrasah ibadah kering sangatkah hati aku rasa hormat dan ta'zhim kepadamu tidak terbit walau sekelumit? ya Ramadhan .. manusia masih terus dengan taklim rutin tidak endah engkau berlalu dan bila di akhir bulan kami gembira, aidilfitri pula bertamu padahal.. di dalammu diturunkan Al Quran juga wahyu Al Alaq yang pertama lailatul qadr, oh dirindu malah seruan jihad juga banyak engkau saksikan sesal aku ya Ramadhan kalau inilah pertemuan terakhir tiada lagi malam seribu bulan ingin ku ulang semua Ramadhan lepas Ya Ramadhan.. aku tidak mahu gagal lagi ...