dah khatam ke??

satu malam selepas terawikh,aku duduk-duduk di bahagian belakang masjid sambil menunggu rakanku yang bertadarus bersama usrah nya.Sambil duduk,aku sempat menghabiskan beberapa surah...
berehat sekejap,lalu terdetik di hati,sempatkah aku khatam quran bulan ramadhan ini...kerisauan bergayut di hati,sebab memang niat nak habiskan.
........................................

Tetiba,rakan ku datang menyapa,selesai katanya...dia pun mulakan perbincangan ...

da khatam?" tanyanya..
belum,...risau jugak tak sempat.....banyak nak kena buat..huhuhu..kataku kembali.
ada classmate kita yang dah khatamkan..?? maknanya tiada alasan la untuk kita..katanya..
betul3x..kita kerja keras sikitlah ..sambungku lagi..

sembang punya sembang tersentuh bab orang khatam quran tapi bila dengar bacaan mereka tunggang terbalik tajwidnya...haru laa skit...aku terfikir,mana yang perlu kita kejar,bacaan quran yang baik dari segenap segi atau khatam berkali - kali tetapi tajwid dan baris semua lari..da lah tu ,tak paham maknanya plak 2..masyaallah...sedangkan apabila kita baca quran tetapi salah baris boleh membawa kepada makna yang berbeza...

jadi,jangan lah kerana terlalu mengejar nak khatam quran,baca pun samapai 160 km/jam..tajwid tunggang langgang,baris terbalik terlentang.....bacalah dengan baik dan berhati - hati....tadabbur dengan al-quran....baca kerana mencari redhanya bukan sebab nak jawab bila orang tanya..

pada yang belum khatam...ada lagi masa walaupun singkat....namun,berusaha....bak kata pepatah,usaha selagi mampu,jangan menyerah dulu.....Ingat ganjaran yang Allah janji untuk amalan di bulan mulia ini...masyaallah .......hebat..rugi kalo disiakan..

Comments

Anonymous said…
yup.. na'am..

bacaan alquran secara hadar pun masih tetap perlu ikut tajwidnya..

mengejar khatam masa ramadhan ni bagus, means kita banyak baca alquran, tapi jgn pula sampai terabai yg lain, langgar tajwid, nak menunjuk2, dll..

seeloknya, biarpun sikit, yg penting istiqamah..

baca tapi tak faham xpe, masih ada ganjarannya, tapi kalau dapat faham kan alangkah lebih baik.. sekali sekala tengok terjemahnya.. lgpun, kan ada alquran kecik yg ada terjemah skali.. bleh tengok sekali..

apa pun, dapat atau tak khatam alquran masa ramadhan ni, biarlah berterusan amalan kita dalam 11 bulan yg lain.. biasakan tiada sehari tanpa alquran..

wallahu a'lam

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!