something...II


كل بستان زهرة

setiap kebun ada bunganya

ungkapan bermakna dari ustaz fauzi ketika pengakhiran kuliah hari ni...sebenarnya,ungkapan tu ustaz nak kaitakan dengan presentation hari nie..tentang salah satu kaedah pengajaran nahu arab...kaedah tu adalah kaedah yang mana ianya mengambil kelebihan kaedah lain dan menolak kekurangan nya....kiranya macam kaedah tu adalah kaedah yang paling baik laa.....dan ia bersifat bebas dan damai....

la nie,bukanlah nak crita tentang kaedah tu..tapi nak singkap ungakapan tu and relate kan dengan hidup kita sehari - hari....setiap kebun ada bunga....kalau ikut kaitan dengan kaedah bahasa arab ialah setiap kaedah ada kelebihan tersendiri...kalo kita kaitkan dalam hidup kita sebagai manusia dan hamba di bumi Allah ini,setiap daripada kita ada kelebihan dan keistimewaan masing - masing...

Allah ciptakan manusia dengan sebaiknya dan ada keistimewaan masing - masing.....oleh itu,tidak perlulah kita melihat diri kita ini teruk,tidak berguna dan sebagainya hingga wujud perasaan hasad dengki,cemburu,khianat dan sebagainya yang negatif....akibatnya,syaitan mlompat girang,masyarakat terus tumbang,agama makin hilang,negara berantakan.

jika kita asyik mentakwil dan menghitung apa yang kita tiada,maka rugilah kita sebab no point...apa pun tak dapat....kerana Allah bagi kita macam2..xterhitung dan xternilai ....lihatlah kepada apa yang kita ada dan bersyukurlah.....jika mau banding,lihatlah pada orang yang tiada atau yang lebih susah dari kita...

sekadar perkongsian...........Ramadhan Kareem.....

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!