Saturday, December 13, 2008

bila imanku mula bicara


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



bila imanku mula berbicara,
hatiku mula mengalun sepi,
terkenang peristiwa semalam,
yang tenggelam dalam lautan noda,
yang tiada bertengah tepi,

bila imanku mula membara,
manangis hibalah air mata,
merintih hiba pada yang ESA
ampunkan kelalaianku yang disengaja...

bila imanku mula bangkit,
ku bina azam dan kekuatan,
untuk terus bangkit dari lena,
yang indah nya sementara,

bila imanku mula berbicara,
baru ku sedar apa itu cinta,
yang hakiki tida penghujung,
dari pencipta kepada hambanya..

2 comments:

fa ; ) said...

bes ;)

Anonymous said...

syukran fa..moga dapat manfaat bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...