untuk kau dan aku


"perjuangan ini sangat payah,perjalanan membawa obor dakwah sangat berat,tribulasi,mehnah dan duri memenuhi setiap pelusuk jalan,namun kita dianugerahkan oleh ALLAH yang Maha Kuasa AL - QURAN sebagai pembimbing.Janji Allah itu pasti"


untuk kau dan aku...

sentiasalah mentarbiyah diri di samping mengajak orang lain.
"Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebaikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri? dan kamu membaca kitab,tidakkah kamu fikirkan? (al - baqarah :44)"
janganlah menjadi alim sumbu pelita.memberi dan menyampaikan ilmu pada orang lain namun diri sendiri terbakar hangus.Jangan terlalu sibuk menyelematkan orang,sampai diri sendiri lemas karam.

sentiasalah ikhlaskan hati.Yakinlah janji Allah itu pasti.Pujian manusia sementara tapi kasih Allah kekal selamanya.Jangan keluh kesah tidak dipandang dan dinilai manusia,usah gelisah jika dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi namun resah dan gundahlah jika dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihi di akhirat.


jadilah qudwah hasanah pada diri dan orang lain.Juga jadilah soleh dan musleh umpama air mutlak yang suci lagi menyucikan.

tambahkan ilmu,tingkatkan ibadat,gandakan amal.Semakin kuat dan hebat melawan arus duniawi,semakin banyak mehnah yang perlu ditempuhi.Jangan tersungkur di persimpangan jalan.Terus bangkit.Kuatkan hati.Jika kita menolak islam,islam juga menolak kita.Andai kita futur di tengah jalan,masih ramai yang bangkit selain kita.Alangkah ruginya kita.

...................................................................................................

seperti terjaga dari tidur,dek terpukul dengan kata - kata seorang ustaz..
" kamu semua generasi muda,harus bekerja untuk islam,harus bergerak,manfaatkan tenaga muda kamu,gunakan sebaiknya untuk islam.Jangan sesekali kamu lupa tujuan kamu hidup di muka bumi Allah ini ( Adz-Dzariyat : 56 ) "tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku"
Kalo kamu xnak kerja untuk islam,xnak bergerak untuk buat kerja - kerja islam,Allah pun xnak kat kamu,ramai lagi yang boleh buat,tapi kamulah yang rugi.Allah dah bagitau dalam quran,dan janji macam - macam.Tapi kalo kamu buta juga,sombong juga,malas juga.Kamulah yang rugi kerana kesombongan kamu sendiri.Jangan futur,jangan mengeluh dek ujian yang menimpa.Nak dapat hasil elok,kenalah uji sikit,kenalah sabar sikit.nie nak hasil elok,tapi malas.

tergiang di telinga,tertusuk di hati.Aku kah??
Ya Allah,tetapkan hati ini di jalanmu.agar aku tak tergolong dalam golongan orang - orang yang rugi.Ya allah,permudahkanlah urusanku dan tunjukkan aku jalan yang benar,agar aku tidak sesat dalam langkahan ku.Ya Allah,peliharalah aku agar aku xleka dengan dunia yang sementara ini.

Comments

Muhammad said…
?".agar aku tergolong dalam golongan orang - orang yang rugi."

???X phm statement ni.
asrar said…
oh..terima kasih.
typing error...

tq2.
Humayra' said…
sungguh2 terasa..
sedang dilanda rasa 'malas' utk bekerja..

jazakillahukhair berkongsi.
moga kita dpt terus istiqamah atas jln yg Allah redha.
(easier said then done rite?)

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

Mari menulis kembali

kata