read and think..


“Dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji,” Surah Al-Ankabut (ayat 2)

NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire.Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga.

cerita perjalanan kehidupan yang sangat menyentuh dan menggambarkan ketabahan seorang wanita yang mencintai penciptaNYA..redha dan masih tersenyum di saat ujian yang getir dihadapinya..besarnya ujian untuknya sehingga terasa ujian yang Allah beri pada diri ini terlalu kecil dan sedikit untuk dibandingkan dengannya..

“Allah tidak akan membebani seorang hamba melainkan yang mampu ditanggungnya.” (Mafhum dari Surah al-Baqarah ayat 286)





Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

Mari menulis kembali