wanita super!


 alhamdulillah..
akhirnya Allah kuatkan jua tangan ini untuk mencoret sesuatu setelah sekian lama menyepi..

alhamdulillah..rahmat dan kuasa Allah itu tidak ternilai besarnya kepada setiap hamba..siapa kita untuk mempertikaikan dan mempersoalkan..setiap yang berlaku,telah disusun cantik oleh Allah buat hambanya..
Dia yang maha hebat memberi apa yang kita perlu,maka renunglah dan bersyukurlah!!

21 ogos 2012,majlis berlangsung,penyatuan dua jiwa antara aku dan dia.membina bahtera rumahtangga bermatlamatkan redha Allah semata.masa berlalu,cabaran sentiasa ada,ujian sentiasa tiba namun manisnya tetap menjelma.moga Al Khaliq sentiasa melimpahkan mawaddah dan rahmah dalam perjalanan kami..

entri kali pertama hidup berdua,menyandang jawatan baru ini adalah tentang wanita super..siapa dia..terbaca dalam buku I LOVE U tOO karangan badrul hisham shari.
wanita super adalah mereka yang suka memberi atau berkhidmat kepada hubby nya tanpa minta satu sen pun daripada jasa bakti mereka.Hubby nak hargai atau todak ,belakang kira.apa yang wanita SUper tahu kalo dia ikhlas memberi,pasti Allah hargai dan mengganjarinya dengan pahala dan balasan yang setimpal di akhirat kelak.

memang SupEr dan pOwer,jadi ,jom didik jiwa,latih hati,ajari diri untuk menjadi seperti itu,pahala yang Allah janji lebih hebat dari apa yang ada di bumi....usaha tangga kejayaan..mari didik hati jadi isteri solehah.

* buat hubby,jom sama sama didik jiwa,tarbiyah diri,latih hati,tambah iman..sentiasa upgrade jadi manusia yang Allah pandang..moga perjalanan kita yang panjang ini sentiasa dipandang dan dinilai Allah untuk menjadi bekal kita di akhirat kelak.



Comments

rindumi said…
Moga awak bahagia..

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

Mari menulis kembali

kata