something in life


sekadar perkongsian pengalaman..........

pagi ini ummi ngan ayah tiba tiba decide nak pegi kota bharu..katanya family holiday la...pelik jugak sebab malam sebelumnya diorang kata tak jadi pergi..tapi,da ayah kata pergi..maka berangkatlah kami sekeluarga ke kota bharu.Dalam fikiran aku,dah terbayang beberapa perkara yang ingin diborong bila tiba di sana..erm..tak sabar,lebih lebih lagi ada yang support,lagilah seronok...

perjalanan kami sekeluarga mengambil masa lebih kurang 3 jam....sesampainya kami di bandar islam itu,kami terus mencari hotel untuk menginap.Ujian pertama yang kami hadapi ialah hotel penuh...pusing bandar lah kami sekeluarga.Akhirnya,alhamdulillah..dapat juga kami bilik.Walaupun agak kecil tapi cukuplah sekadar ingin melepaskan penat..

Betapa Allah itu maha kuasa,setiap hambanya itu takkan sunyi dengan ujian.kerna ujian itu akan membuatkan kita kembali menginngatiNYA...makanya,ujian kedua kami sekeluarga ialah kereta rosak.Hebatnya kuasa Allah,kereta kami dikenalpasti rosak apabila kami berada di kawasan hotel....maka nk dijadikan cerita,kereta kami terpaksa ditahan di workshop selama satu hari.

Alangkah susahnya bila tak berkenderaan.Tak tahu macmmana nak pergi ke sana ke mari.Semua tempat dirasakan jauh.Segala planning terbengkalai...kesimpulannya,duduk di bilik saje..erm...masa tu baru laa terpikir,betapa senangnya hidupku selama ini,bila takde kereta sehari da trase sukar hidup..camne dengan orang yang tiada kereta langsung...

ummi beritau sebenarnya kereta baru je di service.ayah hantar pada mechanic biasa ( sepatutnya ke pusat service toyota) ,tapi sebab nak jimat jadi hantar ke mechanic biasa,even da dua kali hantar...erm,kat sini,bleh laa diambil pengajaran,kadang kadang kita xperlu terlalu berkira untuk mendapatkan kualiti.lagila rugi kerana akhirnya ayah terpaksa bayar 3 kali....

jika direnungkan kembali peristiwa ini,banyak pengajaran yang dapat diambil , antaranya..
- setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah atau pengajaran di sebaliknya
- kita kadang perlu memandang kebawah agar kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada
- kualiti itu lebih penting daripada kuantiti... - jika kita lihat dalam proses dakwah sekalipun,kualiti itu sangat penting..seorang da'ie perlulah sentiasa meningkatkan kualiti diri...sometime jika kuantiti banyak kualiti xde pun tiada gunanya...

akhir kalam,pengalaman ini hanyalah satu perkongsian...diri ini masih lagi budak yang baru blajar..jika salah tolong tegurkan .....kerana diri ini masih belajar.....
sentiasalah kita islah nafsak wad'u ghairak

"perjuangan secebis jihad,kadang kadang meruntun hati,menguji rasa,namun setiap kali kegentiran melanda,tika itu,renungkanlah kembali satu hakikat,kitalah PEJUANG mujahid ALLAH,senyum kerana terluka,menangis kerana takutkaNYA..."

Comments

Anonymous said…
tp tetap g shopping sakan kan...
asrar said…
heheh.....biasalaaa tu...manfaatkan keadaan...

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

Mari menulis kembali

kata