wajah yang bercahaya

salam mahabbah..
da lama rasa nya tak menyinggah...masa terlalu menghimpit,sekadar menjenguk sambil lalu tanpa meninggalkan apa-apa pada halaman yang ringkas ini...teringin pula kali ini ingin berkongsi satu coretan yang aku dapat daripada seorang kawan...coretan ini membuatkan aku kembali bermuhasabah tentang diriku...membuatkan aku terfikir
dimana tahapku sebagai hamba ALLAH..sejauh man pencapaianku sebagai seorang muslim ..marilah kita sama sama renungkan dan fikirkan...moga islam bukan hanya di mulut dan lidah tapi sentiasa di hati dan disusuli dengan amal...
,moga bermanfaat buat semua....

Assalamualaikum warahmatullah...
Bismillahir Rahmanir Raheem...

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang ke Markaz Tabligh Kempas, Johor Bahru bersama abang saya. Tujuan kami adalah untuk berjemaah Maghrib dan Isyak di sana sambil mengmbil pengajaran dari sessi bayan yang diselitkan antara kedua waktu tersebut. Maka pergilah kami berdua menaiki Perodua Rusa Abang saya dengan lengkap berpakaian sebagaimana lazimnya orang hendak ke masjid.

Tiba di suatu simpang lampu merah, kami terpaksa beratur seperti mana orang lain. Di tepi jalan kelihatan seorang pemuda yang kelihatan seperti berbangsa India sedang mengangkat potongan kertas2 kecil sambil berteriak "Mapipo! Mapipo!". Jika di KL, rasanya mapipo lebih dikenali dengan mapiau. Bila tiba di sebelah Rusa abang saya pun, dia mengangkat2 kertasnya seolah2 bertanya adakah kami mahu membelinya.

Melihatkan kami diam, dia meneruskan perjalanannya ke kenderaan yang di belakang. Dapat saya perhatikan abang saya mengekori langkah si penjual tadi dengan ekor matanya. Seketika kemudian abang saya menoleh kepada saya seraya berkata "Kita dah pakai macam ni pun dia masih nak jual? Agaknya kenapa?" Saya hanya tersenyum. Tak terfikir pula soalan sebegini.

Saya katakan, mungkin kerana sebelum ini pernah ada orang yang berpakaian seperti kami membeli mapipo daripadanya. "Mungkin," katanya. "Tapi bagi abang sebenarnya sebab Nur Allah tidak ada dalam pada muka kita." Apa pulak... Getus hati saya. Kita orang Islam. Kita solah, puasa dan bermacam2 amalan lain. Kenapa pula tidak ada Nur Allah? Saya mendiamkan diri sebagai menghormati pendapatnya.

Bayan di malam itu memang cukup hebat. Rasanya semuanya tepat ke atas muka saya walaupun si pemberi bayan lebih bermaksud tentang dirinya sendiri. Antara lain dalam bayan tersebut banyak menyentuh tentang letaknya kalimah 'Laailaha illallah' dalam diri kita. Kebanyakan kita meletakkan kalimah itu di mulut. Bukan di hati. Maka kerana itu tidak terbit cahayanya pada wajah kita.

Katanya, orang yang dalam hatinya ada kalimah tersebut, wajahnya akan mendatangkan kedamaian. Sesiapa yang di dalam hatinya ada Allah, maka wajahnya akan mengingatkan orang kepada Allah. Jika orang hendak berbuat dosa, tatkala terpandang wajahnya, akan terbantutlah niat orang itu tadi. Begitu juga, orang yang belum solat misalnya, akan teringat akan solat yang ditinggalkannya apabila melihat wajah orang yang hatinya ada Allah...

Beberapa hari kemudian saya dipanggil berkursus di Subang Jaya. Seperti biasa, saya akan menaiki bas ekspress dari JB dan turun di Puduraya. Begitu juga ketika pulang. Saya biasanya akan balik melalui Puduraya. Alang2 sampai ke Puduraya, saya selalunya akan mengambil peluang meronda2 Petaling Street (PS). Entah mengapa, suka sangat rasanya saya ke sana walaupun belum pernah lagi saya beli apa2 di sana selama ini.

Sampai2 sahaja ke PS, seorang pemuda Cina menegur saya. "Bang! Mau ka? Blue pun ada bang. Melayu punya..." Saya cuma mengangkat tangan tanda menolak. Kemudian seorang lagi. Tetapi kali ini pemuda Melayu. Saya tenung mukanya. Dia masih boleh buat selamba. Hm... Terfikir saya. Pernahkah orang seperti saya membeli VCD lucah dengan penyangak2 ini?

Lantas saya teringat kata2 abang saya. Kerana Nur Allah tidak ada pada wajah saya. Apabila saya ke tandas kemudiannya, saya membelek wajah saya di cermin. Hm... Masih tidak kelihatan seperti muslim sejatikah aku ini? Saya bertanya kepada diri sendiri. Mengapa ya? Mengapa ada orang yang masih ingin menjual VCD lucah kepada saya? Kalau Cina masih boleh difahami. Tetapi orang Melayu...

Akhirnya saya terima kata2 abang saya. Saya percaya pada wajah saya tidak ada serinya seperti wajah para sahabat yang benar2 meyakini kalimah 'Laailaha illallah' itu. Teringat saya pada suatu kisah. Di zaman para sahabat, orang2 kafir dan yahudi amat2 patuh kepada Amirul Mukminin. Apabila tiba masa pungutan cukai, para sahabat datang dengan pakaian yang bertampal di sana sini.

Akan tetapi orang kafir dan yahudi amat menghormati mereka. Mereka melambakkan harta di depan rumah mereka sambil berkata "Ambillah mana2 hak Allah." Setelah mengambil seberapa banyak yang patut, mereka pun pulang. Selepas masa silih berganti, para sahabat diganti dengan para tabien. Ketika ini kerajaan Islam benar2 utuh dan mewah. Tentera Islam telah berpakaian besi.

Namun, apabila mereka menghampiri orang kafir dan yahudi ini, mereka (para kafir dan yahudi) bertanya "Di manakah orang yang pakaiannya bertampal yang datang mengutip cukai dahulu?" Tentera itu menjawab "Mereka semua telah mati". "Pergilah! Tidak ada cukai untuk kamu. Dan tunggulah sehingga nanti kami akan perangi kamu!" Begitu balasan orang kafir dan yahudi kepada tentera Islam tersebut.

Inilah sebenarnya. Gentarnya musuh Islam terhadap muslim bukanlah kepada kebendaan yang kita ada. Sebaliknya mereka gentar dengan ketaqwaan yang wujud dari dalam. Kerana ketaqwaan itulah yang memancarkan Nur Allah pada muka orang yang memilikinya. Dan Nur Allah inilah yang akan menerangi setiap jalan yang gelap dan membuatkan musuh2 Islam dan orang2 munafiq tunduk melihatnya.

Namun, hendak meletakkan kalimah Laailaha illallah di dalam hati bukanlah semudah yang disangka. Cukupkah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan naik haji membolehkan kalimah Laailaha illallah itu melekat dalam hati? Sesungguhnya tidak! Soal ini bukan soal ibadah semata2. Ini soal percaya. Ini soal yakin. Sejauh mana yakinnya kita kepada apa yang kita yakini.

Memang mudah untuk kita, apabila berlaku satu2 bencana, katakan ini semua ketentuan Allah. Tetapi sejauh manakah hati kita mampu terima itu ketentuan Allah? Benarkah kita mampu untuk tidak mengeluh apabila berlaku satu2 kesusahan dalam hidup kita? Anda pasti? Berani saya katakan, saya tidak pasti. Mungkin saya tidak sampai peringkat bunuh diri tetapi sekurang2nya rasa sedih dan serabut tetap wujud juga.

Sedang orang yang benar2 mencintai Allah, akan terima segala apapun yang berlaku atasnya dengan penuh redha. Susah atau senang dia akan tersenyum. Apa juga bencana atau khabar gembira dia tetap akan bersolat memohon rahmat. Inilah orang yang dijanjikan jalan kebahagiaan. Inilah orang yang saya maksudkan pada wajahnya terdapat Nur Allah yang mengundang rasa gementar pada hati orang yang tidak beriman.

Saya tidak sampai ke tahap itu. Walaupun belajar untuk redha dengan kesusahan yang saya terima, namun kadangkala terlahir juga sedikit keluhan dari mulut ini. Namun apabila tersedar, segera berastaghfar. Begitu juga dalam menghadapi ujian dan dugaan sehari2. Mata ini... Terlalu gemar melihat yang cantik. Walaupun saya amat menekankan berkenaan penutupan aurat, namun jika perempuan seksi melintas depan mata, tetap menjeling juga.

Juga di dalam pergaulan sehari2. Jika ada pertentangan pendapat, begitu cepat untuk saya melenting. Jika difikir2kan kembali, rasanya saya jauh dari sifat muslim yang sejati. Bagaimanakah mungkin orang dengan kualiti seperti saya ini mampu memancarkan Nur Allah yang lahir dari ketaqwaan hati? Sesungguhnya tidak. Maka sewajarnyalah mereka yang di PS tidak takut atau segan menjual VCD lucah kepada saya...

Bukanlah saya hendak membuka pekung di dada. Bukan juga dengan niat menunjuk pandai. Demi Allah tiada. Ini hanyalah sebahagian daripada pemikiran saya yang saya harap dapat kita kongsikan bersama. Pada kebiasaannya setiap penulisan saya mampu mengingatkan diri saya sendiri. Itulah sebenarnya harapkan. Harus saya sebut berulang kali niat saya ini kerana saya bimbang ada pula nanti yang tersalah anggapan...

Marilah saudara2 sekalian. Marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kita. Agar Allah sudi memancarkan NurNya pada wajah2 kita. Marilah kita bersama menguatkan keyakinan kita kepada ketentuan Allah. Semoga kita berjaya sampai ke syurgaNya. Seungguhnya tidak ada kejayaan tanpa usaha. Dan tidak ada usaha tanpa doa. Semoga Allah memberikan keberkatan ke atas kesekalian kita...

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-


Iqra' Usjud Iqtarib



Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!