tilik dirmu..



Assalamualaikum w.b.t...

salam kasih buat sahibah sekalian...

setelah sekian lama menyepi,di sini ana bawakan satu perkongsian dan peringatan buat diri ana serta sahabat sahibah sekalian...

setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian...tanpa sedar mahupun dalam sedar...
ujub dan merasa kagum ialah antara satu ujian yang kadangkala kita sendiri tidak menyedari kehadirannya....

syaitan mengajarkan ilmu tentang perasaan ujub,iaitu merasa kagum dengan keunggulan diri sendiri.Ujub bermaksud merasa kagum dengan diri sendiri dan ia merupakan penyakit hati yang amat membahayakan.Menurut Iman ghazali r.a " ujub ialah takabbur yakni membesarkan diri yang hasil daripada batin dengan sebab disangka akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu dan amal.Manakala jikalau terdapat ketakutan atas hilangnya amal dan ilmu maka ianya tidaklah dinamakan ujub.Tercelanya sifat ujub ini kerana ia memandang baik dirinya sendiri dan memandang rendah pada orang lain.

sahibah yang dmuliakan Allah sekalian..

kita harus menjauhi sifat ujub ini kerana dua perkara...

pertama nya..ia menghalang taufiq dan ta'yid daripada Allah taala.Bila tiada taufiq dan pemeliharaan daripada Allah,maka cepatlah dan mudahlah seseorang itu mendapat kecelakaan.

Sabda Rasulullah SAW : " tiga perkara yang membinasakan iaitu kikir yang diikuti,hawa nafsu yang diikuti yakni mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya,ujub akan dirinya".

Asysya'bi berkata : " ada seorang bila ia berjalan ia dinaungi oleh awan.Maka ketika berjalan ada orang berkata ' saya akan berjalan d belakang orang itu d bawah naungannya'.Tiba - tiba adatang ujub pada orang yang bernaungan awan itu dan berkata " orang semacam itu akan berjalan dibawah naunganku!!".Maka berjalanlah kedua nya ,kemudian ketika berpisah jalan,mendadak naungan itu mengikut orang yang dihina itu".

kedua...ia memadamkan cahaya mata hati...
ujub ini akan merosakkan amal soleh.Menghancurkan semua ganjaran pahala malah memadamkan cahaya mata hati.

Nabi Isa pernah bersabda..." wahai hawarij - hawarij,sangat banyak lampu yang padam kerana angin,dan ramai ahli ibadah yang rosak kerana ujub.

Ujub ini boleh menjelma tidak kira waktu.Ia umpama perompak dan penyamun yang datang secara tiba - tiba dan menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk.

Pada pandangan ahli makrifat pula,bala yang disakiti tubuh badan atau dikeji oleh manusia itu terlebih baik daripada memandangkan diri yang banyak berbuat amal ( ujub )

Menurut Abdullah bn Mas'ud pula,keselamatan tu ada 2 macam atu taqwa dan niat.dan binasa itu juga ada 2 macam iaitu putus harapan dan ujub

"sesungguhnya kesempurnaan taubatmu,bila engkau ingat selalu akan dosamu,dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub dan kesempurnaan syukur ialah menyedari kekurangan kekuranganmu"-umar al khattab

Dalam Kitab Mnhajul Abidin,iman Ghazali bahawa dalam ujub ini,manusia terbahagi kepada 3 golongan.....

1) ada yang ujub selama lamanya atau berterusan,meskipun dia ingat adanya tuhan,tapi dia tetap ujub.ini adalah golongan Mu'tazilah dan Qadariyah.Mereka tidak memandang kepada Allah kerana menurut pandangan mereka,kelakuan mereka adalah perbuatan mereka,bukan dari Allah.Mereka ingkar akan adanya pertolongan dan taufiq dari Allah yang khusus dan adanya LathifNYA Allah.Mereka sentiasa menyuburkan perasaan ujub tersebut.

2) tidak pernah ujub - golongan kedua ini ialah golongan yang ingat akan adanya kurnia dari Allah.Semua perilakunya dkaitkan dengan penciptanya.Ini adalah golongan yang lurus,tidak pernah ujub sedikitpun dengan amal - amalnya.Hal ini kerana adanya waspada hati dan batin yang diberikn oleh Allah

3) campuraduk antara ujub dan tidak.Kadang kadang ujub,kadang kadang tidak.Kekadang ingat kurnia tuhan kadang kadang tidak.Hal ni kerana kelemahan dalam ijtihad dan kewaspadaan mereka.

sahabat sahibah sekalian..begtu besar bahana sifat ujub in sehingga amal kita boleh menjadi sia sia kerananya....apakah tindakan kita??
tepuk dada tanyalah iman.....jangan sbuk mengira amalan yang telah kita lakukan,jangan sibuk menilik kebajikan yang sudah dilaksanakan.....sentiasalah perbaharui taubat dan sentiasalah memohon pada Allah agar kita sentiasa terhindar daripada sifat ujub ini.walaupun secubit rasa,ia bisa merosakkan semua amal......

Ya Muhaimin....peliharalah hatiku....lindungilah aku .....
ampunkanlah aku.............

wallahualam.............

Comments

sinar_islami said…
mga Allah pelihara hati kita semua dalam beramal..
mga Allah permudahkan urusan dakwah dan tarbiyah kita semua
Anonymous said…
insyaallah.....moga sentiasa dalam kasih sayang Allah....

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

Mari menulis kembali

kata