Tuesday, June 17, 2008

liFe oF kAmAl aTaRtuK

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki.

Sama-samalah kita ambil ikhtibar dari kisah ini.

"Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau sebagai "Bapa Pemodenan Turki".

Antara yang dilaksanakan oleh Kamal Atartuk ialah :

1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.

Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya

mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan

10..Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11..Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12..Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13..Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14..Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15..Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16..Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

17..Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18..Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?".

Oleh kerana takut, askar ;tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan".

Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Namun begitu,Allah itu maha kuasa,lebih dari setiap yang ada di bumi.Kamal Atartuk akhirnya menempuhi saat kematiannya dengan penuh keseksaan dan penghinaan.Di saat – saat kematannya,Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1.. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.. Sakit jantung

3.. Penyakit darah tinggi

4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan

kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu- pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke Bukit Canakalee ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar. Apa yang lebih menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa

"jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahuwa'lam). Renung dan fikirkanlah!

Tiada guna jika kita bongkak dan sombong dengan apa yang kta ada.kerna pulangnya kita hanya pada Allah….

dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

sama – sama kita renungkan

1 comment:

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

sebuah kisah yang harus diambil iktibar oleh umat Islam pada hari ini. Allah tunjukkan bukti kebenaran Islam di dunia lagi kepada mereka2 yang mahu berfikir.

Inilah akibat mereka2 yang mengambil fahaman2 selain daripada Islam...na'auzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...