jenis hati ( bhgian 1)

kenali hati sendiri sebelum berusaha mengubatinya....

1) Qalbun sahih....

qalbun sahih bermaksud hati yang bersih,sihat,suci.Apabila menyebut perkataan suci,ianya bermakna hati itu bersih,sihat,bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.

orang yang memiliki hati yang suci ini akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul.Segala yang mereka lakukan adalah kerana Allah semata - mata.Benci pada perkara yang dibenci Allah.Benci mereka kerana Allah,cinta mereka juga kerana Allah.

jika kita ingin tergolong dalam golongan yang mempunyai qalbun sahih ini,kita perlulah menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dalam hidup kita.Ini bermakna segala perlakuan dan perbuatan kita dalam kehidupan haruslah berpandukan sunnah Rasulullah..Ini kerana Rasulullah mempunyai akhlak terbaik dan yang paling mulia.

Rasulullah mengajak manusia untuk berakhlak dengan akhlak yang paling mulia dan membenci akhlak yang tidak baik.Allah memuji akhlak baginda dalam firmannya..

surah al-qalam : 4
"dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai budi pekerti yang amat luhur"

kelebihan orang yang suci hatinya ini ialah Allah akan mengurniakan petunjuk dan hidayah padanya,Dia akan mendapat bimbingan dari Allah sehingga mudah dalam melaksanakan amal ibadah.

ruj : ubat hati







Comments

HafizuddinPirus said…
hati begitu mudah dikotori.tetapi ia tidak begitu mudah dibersihkan.Hati perlulah selalu di proses agar ianya menjadi yang terbaik..

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!