bersaudara untuk perpaduan
" Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku - suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha Mengenal" - Al hujurat :13
di dalam surah ini,Allah menjelaskan bahawa manusia diciptakanNYA dengan bermacam - macam bangsa dan suku supaya mengenal dan tolong menolong dalam kehidupan.Kemuliaan dan ketinggian seseorang di sisi Allah bukannya terletak pada kecasntikan ,kemewahan,kekayaannya atau kepandaiannya tapi pada KETAQWAANNYA.
Ayat ini juga menjelaskan persaudaraan islam berlaku untuk seluruh umat islam tidak kenal bangsa atau kaum,warna kulit mahupun kekayaan melainkan didasari oleh ikatan aqidah...
Satu peristiwa yang berlaku di zaman rasulullah s.a.w. iaitu ,
suatu hari Abu Dzar dan Bilal bin Rabahmemperdebatkan satu permasalahan.Disebabkan terlalu marah Abu Dzar pantas berkata kepada Bilal " Hai anak sikulit hitam!!".Dengan pantas juga Rasulullah menegur "Hentikan segera !!.Tidak ada satu kelebihan pun bagi sikulit hitam melainkan dengan beramal soleh".Abu Dzar segera menyedari kesilapannya lalu meletakkan pipinya di atas tanah.Dia meminta Bilal menamparnya.
dengan peristiwa ini,ternyata tiada beza sidikitpun kulit hitam mahupun putih,kaya mahupun miskin.Keutamaan di sisi Allah terletak pada nilai iman dan taqwa.Pada hakikatnya ,semua orang islam adalah bersaudara.
Sabda Rasulullah :
" Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan seta bagaikan jalinan jari jemari " - Abu Musa r.a
sumber : anak - anakku bangkitlah karangan ummu anas
Comments