Tuesday, March 31, 2009

monolog...

sesuatu yang disangka baik...belum tentu benar2 baik ...
mungkin kadang kita terlepas pandang dan tidak menyedari kita telah melakukan satu kesilapan ketika melangkah..
enak dibuai keseronokan dan keindahan hingga membuatkan kita lupa apakah sebenarnya matlamat yang ingin dicapai...
terlalu taksub mengejar matlamat dan tujuan yang nampak di dunia hingga tercicir dan terlupa tentang matlamat di akhirat...

apabila tersadung langkah,
rebah menyembah,
diselaputi duka,
tangis yang panjang,..
hati yang pedih...

barulah fikiran mula menjelajah,
merungkai segala persoalan..
kenapa dan mengapa ini harus terjadi...
memori meruntun hati..
sayu menghadap ilahi..
mengenang peristiwa kelmarin..

sejuta syukur,,
sujud memohon,
ketenangan jiwa dan pengampunan,
dari pencipta yang Maha Agung..
kealphaan ku semalam,
biarlah menjadi pedoman,
buat meneruskan ranjau kehidupan,
yang tidak pernah sunyi dan lekang,
dari ujian dan godaan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...