sayang,mendidik,mentarbiyah
assalamualaikum..w.b.t.
hari ini dengan tidak tersangka mahupun sengaja,kaki ini telah melangkah menemani ummi ke satu ceramah motivasi kekeluargaan...mula-mulanya agak berat kaki ini nak melangkah,sekadar menjadi driver pun takpe..tapi bila da sampai ke destinasi,ummi kata join jela sama...
pada mulanya,fikiran ni takdela fokus kat penceramah..almaklumlah,ceramah untuk ibu bapa dan rumahtangga..belum kahwin laa katakan.slot pertama pakcik ishak yang bagi ceramah.mengantuk la juga rasa..huhu
layan tak layan,dengar tak dengar,masuklah pula kepada slot yang kedua.Slot kedua nie yang membuka mata dan telinga dan fikiran ana nak mendengar.tajuknya "anak sumber pahala berterusan...." disampaikan oleh pakcik rushdi baharom..
apa yang buat telinga ini nak mendengar adalah pertama agak kelakar,kedua sentuh jugak la tentang pendidik dan murabbi.how to be a good murabbi..maklumalah,diri ini bakal bergelar pendidik suatu hari nanti..
ibu bapa pun pendidik,skop mereka mendidik anak.kalo cikgu pulak memang pendidik,mendidik anak bangsa.Banyak juga la input yang berguna lagi bernas yang dikongsi ketika slot kedua tu..
beberapa perkara yang ana rasa boleh dikongsi di sini ialah tentang "3s" yang perlu ada bagi pendidik.
" s " pertama ialah sayang...setiap guru,pendidik,mualim,murabbi perlu ada sayang dan cinta kepada orang yang dididik.
" s " kedua ialah solat hajat.perlu solat hajat kepada anak didik.mintak lembut hati,jadi insan soleh,jadi orang yang bangunkan dan tegakkan agama.perlu mintak itu semua pada Allah.
" s " ketiga pula ialah sabar.setiap pendidik harus ada sifat sabar.sabar dengan kerenah,perangai dan macam macam.
antara lain yang pakcik rushdi sentuh ialah " didiklah mereka dengan iman bukan dengan nafsu " ...bukankah berbeza jika kita mendidik dengan iman dan mendidik dengan nafsu...kalo pukul,pukullah kerana sayang,marah kerana sayang berlandaskan iman,bukan kerana nafsu..
kalo di kelas,pensyarah selalu pesan,nanti kalo da mengajar,tengah marah jangan pukul budak...tunggu reda marah dulu..kerana kalo pukul tengah marah,nnti bukan lagi sebab sayang namun didorong oleh nafsu geram..mahunya,dua bulan terbaring kat hospital student..
perkara menarik yang memang tak dapat nafi orang melayu jarang buat juga ialah mengucapkan sayang.Kalo dalam rumahtangga,pakcik rushdi ada sebut,si suami jangan segan nak ungkap sayang dan cinta pada si isteri.Jangan malu nak tunjuk,luah sayang.itu dalam rumahtangga,dalam konteks bersahabat dan mendidik pula,perlu kita tunjuk kita sayang.contohnya dalam bersahabat,sesekali kena sebut yang kita sayang ukhwwah itu.tak salah tapi jangan salah ungkap pada yang berlainan jantina.Lain hal nya nanti.
bila ana renung - renung balik,bukan mudah tugas mendidik nie..bukan setakat nak mendidik supaya dapat 5A je UPSR,namun nak didik supaya menjadi insan yang mampu menjadi insan yang berguna bukan sahaja pada diri tapi pada agama dan orang lain..Oleh itu,bukan sahaja kita belajar bagaimana cara mendidik tapi turut belajar mendidik diri.dalam kata lain,mentarbiyah da ditarbiyah.
Akhir kalam,kebahagiaan itu diukur berdasarkan sejauh mana kita boleh membahagiakan orang lain.HAB.wallahualam....
renung - renungkanlah...

Comments