ujian itu kasih sayang



Argh…kenapa asyik aku je yang diuji..kenapa asyik aku yang malang…asyik aku yang tak beruntung..apa salah aku.Kenapa Allah uji aku camni.aku tak tahan.aku penat.aku bukan nya tak mau bersyukur .aku penat.hanya aku merasainya.




Keluh Fika pada petang itu.Terlalu bayak yang menimpanya.Aku turut   bersimpati.Sebagai sahabat,aku hanya mampu menasihati dan menyuruhnya bersabar.Redha dengan ketentuan.

 Firman Allah S.w.t
" Maka adapun manusia,apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya  kesenangan,maka dia berkata,Tuhanku telah memuliakanku.Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,maka dia berkata,Tuhanku telah menghinaku.Sekali - kali tidak,bahkan kamu tidak memuliakan anak - anak yatim." - surah al-fajr : 15-17
Sesungguhnya hidup kita ini tidak pernah sunyi dengan dugaan,ujian,tribulasi,cabaran.Samaada ianya berakhir dengan kegembiraan mahupun kedukaan.Ianya kitaran kehidupan yang dikurniakan Allah buat hambanya bagi menguji sejauh mana tahap keimanan hambanya yang mengatakan mereka taat dan mereka beriman.

Namun,segelintir manakah antara kita yang benar benar mengerti mahupun memahami bahawa ujian itu adalah kasih sayang Allah kepada hambanya.Sejauh mana yang memahami ujian itu adalah peringatan daripada Allah buat hambanya yang sedang leka dari maksiat.Dan sedalam mana kita memahami bahawa setiap apa yang berlaku dalam kitaran kehidupan kita ini ada rahmat dan kelebihan yang tersembunyi yang hanya Allah yang mengetahui.Sesengguhnya Allah adalah sebaik baik perancang dan penentu.
Sebagai muslim dan muslimah,kita seharusnya sedar dan cuba untuk menyedari serta berusaha untuk mengerti bahawa ujian dan cabaran itu adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita.Berdasarkan ayat dalam surah al-fajr diatas,kita perlu fahami bahawa setiap kenikmatan dan kesenangan serta kelapangan yang Allah berikan bukan sama sekali bermakna Allah telah memberikan kemuliaan.Dan bukan orang yang diberikan kesusahan dan keperitan itu adalah orang yang dihina oleh Allah s.w.t.
Ibn Qayyim telah mensyarahkan ayat tersebut dengan menyatakan bahawa :
golongan pertama sebenarnya diuji oleh Allah dengan kenikmatan dan kesenangan manakala golongan kedua diuji oleh Allah dengan cubaan dan ujian.
Apa yang utama ialah kita sentiasa bersabar dan bermuhasabah kepada Allah s.w.t kerana setiap yang beriman pasti akan diuji.Cuma ujian yang dialami oleh kita berbeza - beza bentuknya dan caranya.Ujian adalah kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.Bagaimana ujian ini dikatakan bukti kasih sayang Allah?..apabila ujian ditempuhi,seharusnya kita lebih dekat dengan Allah.iman bertambah mantap setelah berjaya mengharungi ujian dengan sabar.Itulah kasih sayang Allah pada kita.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah,Siapakah yang paling berat cubaanya?" 
Jawab baginda " Diantara orang - orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi,kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya.Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya.Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya,maka beratlah ujian yang diterimanya.Sekiranya agamanya lemah,tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya.Ujian itu selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas muka bumi,dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya. (riwayat Tirmizi)
apabila kita ditimpa ujian,bersabarlah.Pujuklah hati,pujuklah anggota supaya bersabar.dan teruslah berdoa kerana doa adalah ubat yang paling mujarab.
Menurut Ibn Qayyim dalam bukunya Ad Daa' Waa Dawaa...
" doa adalah musuh segala bencana.Ia dapat menolak dan menghilangkannya atau sekurangnya akan meringakan musibah yang datang "
"sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang yang arif,menyedarkan orang yang murtad,memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa.Tidak seorangpun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala,rela dan bersabar" - Imam Ghazali dalam bukunya Mukasyafah Al Qulub.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah SAW : 
" Tiadak seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya,melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan yakni dosanya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya "  ( Riwayat Bukhari )
wallahualam
moga mendapat manfaat
ruj : Halaqah keluarga

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!