itu dan ini

mencari teman luahkan rasa..
mencari sahabat menyampaikan berita..
mencari kawan berkongsi suka..
mencari rakan penghibur duka...

sahabat itu tiada tanda harga tetapi ia berharga ..
ukuran nya terletak kepada kita..
dimana nilaian kita ..
apa perspektif kita buat sahabat..


diam bukan beku..
senyap bukan setuju..
menangis bukan tragis..
merintih bukan sedih..

hati sedih timbulnya persoalan..
apa aku yang terlalu memikirkan..
atau kamu yang memulakan..
apa lagi harus dilakukan..

pintaku satu hanya kejujuran..
jadi sahabatku menunjuk jalan..
agar aku tidak keciciran..
jangan biar aku seorang..
kerana kita satu kumpulan..

musuh mengintai sana sini..
mencari lubang hancurkan diriku..
punca serangan belum tentu ..
namun aku belum tentu mampu..
jika tiada sokongan darimu..

bukan meminta seluruh raga..
bukan menadah seluruh mata..
bukan mengharap seluruh rasa.
jadi sahabatku buat selamanya..

aku mengharap yang sederhana..
buat bekal bila aku da tiada..
sahabat biasa terkesan di jiwa..
maaf andai aku xbisa..
menjadi sahabat yang setia..

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

Mari menulis kembali