great teacher
Guru yang berwibawa akan sentiasa bersunguh sungguh ,bijak , cekap,kreatif,inovatif,dedikasi,adil,mesra,periang,bertimbangrasa,bersikap terbuka,tenang,sabar,dan sentiasa bersedia mendengar rungutan,kritikan dan teguran.Guru yang berwibawa juga harus sedar tanggungjawab yang terlalu BESAR yang diamanahkan padanya bagi memastikan murid mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
tugas guru bukan hanya mengajar subjek mathematic,science,bahasa,agama tetapi memastikan bahawa setiap murid dapat mengaplikasi ilmu yang mereka dapat dalam kehidupan.Ini adalah kerana ilmu yang dicurahkan bukan untuk dilengkapkan pada kertas peperiksaan tetapi nerupakan BEKAL dan CAHAYA untuk mereka suluh bagi memastikan langkah mereka kedepan tidak tersasar.Guru juga harus sentiasa menggarap ilmu dan mampu menyerlah dengan pembinaan sahsiah yang luhur dan berwibawa yang mana menjadi ikutan kepada semua lapisan masyarakat.
GURU seharusnya menyedari perubahan dan gerakan yang berlaku dalam semua aspek pembangunan negara yang mana berkait rapat dengan peranan seorang guru.Tidak sepatutnya guru berada ditakuk lama sedangkan murid sudah sampai terlajak ke dunia permodenan dan arus pembangunan.
Sesungguhnya ulama' itu adalah mewarisi perjuangan para nabi ( riwayat Abu Daud dan At- Tirmizi )

Educating our children is not just about imposing a body of knowledge on them. Rather, it involves preparing children from the early years for the world in which they will come of age. It means instilling a love for lifelong learning, creativity, self-expression and an appreciation for diversity.
Comments