Monday, January 30, 2012

cough


selain daripada mengambil ubat di klinik atau farmasi.ada juga petua yang boleh diamalkan bagi mengatasi batuk.anda disarankan untuk selawat,bertahmid,membaca al-fatihah sebelum meminum atau memakannya. 

Ambil sedikit kerak nasi, dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi tu kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam  dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.

Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum 2 kali seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari.

selamat mencuba.sesungguhnya penyembuhan itu datang dari Allah.
http://iwaagz.blogspot.com/2011/09/image-of-cough.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...