just 4 myself..

diantara dua perkara..
bukan sekali ini dibicara..
kehendak dan keperluan..
mana yang utama mana yang kedua...

pesan pada diri..
tak pe tak buat yang ni,tak pe tak de yang tu..
walau hati mahu...ada yang kata tak perlu..
walau hati berkaca...mata bergenang,hati sebak..
tapi perlu terima..kerana ianya bukan utama..

moga pengakhirannya lebih baik yang disangka..
kerna aku juga manusia biasa..
yang berada dikalangan yang ada,
punya keinginan seperti mereka,

tapi,xpe..pasti gembira
jika meraih cinta yang esa..
buat sekadarnya..
ikut kata ibu bapa..
xmegah xapa..
asal xpapa kedana..
hidup bahagia itu utama
dapat redha yang esa..

cuma,jangan disalahkan kehendak,
jangan dihinakan keinginan,
jangan dihukumkan perasaan,
krn kita berbeza,
perlu saling terima..

maka,kuatlah dan sabarlah..
bukan kamu yang paling terluka,
bukan kamu yang paling sensara..
hidup hanya sementara..
maka,luruskan matlamat utama..

kerana aku tahu kamu tahu..
apa yang perlu kamu tahu..
hidup matlamatnya apa...

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

wanita super!