love,cikgu

hari yang sangat padat,..
hari yang sangat dahaga..
hari yang melotihkan..
tapi kadang mengundang tawa..


kelas yang bermula seawal 7.30 pagi berterusan hingga 4.30 petang dengan murid yang pelbagai ragam..
memang mengundang lelah dan menuntut kesabaran yang panjang..


alahai murid,
kalau cikgu tak jerit,suara cikgu xmencecah telinga kamu.
kalau cikgu diam,kamu lagi banyak ragam.
kalau cikgu marah,kamu diam seminit,
kalau cikgu tegur,kamu sengih memanjang..


peristiwa mengundang geram akhirnya tertawa...
cikgu mengajar kamu menjerit,
cikgu tunjuk pada whiteboard,kamu membebel,
cikgu suruh ulang,kamu cuit kawan..
cikgu suruh buat homework,kamu main beg cikgu..
cikgu ajar kawan kamu,kamu habiskan kredit phone cikgu..(tak patut!! (**!)


moga esok kamu lebih baik..
marah sebab sayang..
jerit supaya diam..
kamu ramai cikgu sorang...
moga kamu jadi orang beriman..
cikgu sayang,Allah pun sayang...

Comments

Popular posts from this blog

Pizza in his pocket

tagged..!!..

Mari menulis kembali